Laman

26 July 2015

Hanya 1 Malam Dengan Tersayang

Celoteh Aku MamaGlam at 11:07 PM
Cerita ni: 

















Semalam sampai di Sandakan, stay rumah parent hubby dulu. Hari ni, balik ke rumah parent mamaG di Beluran. Petang kang jam 3pm gitu ayah mamaG akan amik mr. Hubby n kids bawa blk kampung mamaG. MamaG pulak gi berfoya foya ngan mama dan adik bongsu mamaG. Huhuhu.. berfoya foya ker?? Takda la, bukan berfoya foya tapi gi shopping barang dapur untuk juadah raya nanti. Mama dan adik bongsu mamaG tunggu mamaG sampai Sandakan juga baru la nak gi shopping sama sama then balik kampung sama sama. Adik mamaG dah warning dah mamaG. There's soooooo much more to do bila mamaG balik rumah parent mamaG nanti. Huhuhuhu...

Lamaaaa tak berjumpa dengan anak buah mamaG si Dhia Hanna Alisha ni. Baby Hanna ni anak kepada adik bongsu mamaG. Baby Hanna ni manja juga la dengan mamaG. Rajin senyum dan gelak bila ngan mamaG. Kalo dengan orang len lambat skit la.  Hihihi... last jumpa baby Hanna ni masa bulan Januari lepas sebelum mamaG pindah ke Putrajaya. Time tu baby Hanna baru 3-4 bulan kot. Mungkin la tak ingat la pulak. Hehehe... mula mula jumpa baby Hanna ni dia macam heran la juga tengok mamaG hihihi.. tak sampai 5 minit, hurm melekat je la kejanya ngan mamaG. Hihihi..

Hari ni plan memang gi pasar Sandakan la apa lagi. Teman mama mamaG beli daging n ayam segala la kan. Lepas tu gi borong air pulak untuk raya nanti. Dengar dengar parent mamaG nak buat open house pada raya pertama nanti.

Dah abis shopping, since dah petang dan di sini pula time berbuka agak awal, so mamaG cdgkn tapau jer KFC bawak balik. Tak sempat dah ni nak masak kat rumah kan. So main beli je la makanan berbuka tu. Sampai di rumah parent dah agak petang, sipi sipi ja lagi nak buka posa time. Dah berbuka, rehat segala, mamaG dan adik terus je start atur list keja nak kena buat. Since mamaG cuma tinggal di rumah parent mamaG hanya untuk 1 malam ja then dah kena balik rumah parent hubby pula esoknya. Jadiknya, mamaG kena la buat fullblast persiapan untuk hari raya ni. Nak kemas kemas deko, nak susun2 pinggan mangkuk segala, nak potong daging ayam bawang halia segala, nak prepare kuih raya dalam balang dan macam macam lagik. Since mamaG ni tak berapa nak sihat. Tekanan darah tu masih rendah, kadang mengganggu juga la keja mamaG. Keja jadik lambat sebab tpaksa berehat banyak kali. Masa shopping di market tadi siangnya tu pun, mamaG sempat pitam segala sebab penat dan juga cuaca yang panas kering. Banyak kali juga la tpaksa tumpang duduk kejap sebab pandangan dah jadi gelap tiba tiba nak rebah. Tapi syukurlah tak terpengsan. Hehehe...

Esok paginya, lepas mamaG dah settlekan kuih raya, deko, bahan masak segala, pinggan mangkuk cawan segala, langsir dan daging. MamaG sempat la juga sambil sambil tu buat kuih raya 1 jenis. Choco fingers. Fav rayyan. Hihihihhi... adik dan adik ipar mamaG pun suka. Sempat buat sikit je la sebab masa tak cukup. Petang tu dah kena pi rumah nenek pula untuk kenduri dan seperti biasa acara malam takbir kami bila berkumpul ramai ramai di rumah nenek ialah main bunga api dan mercun. Bunga api tahun ni cantik cantik tapi tak sebanyak tahun lepas. Hehehe...

Habis ja acara kenduri rumah nenek dan bunga api, mamaG, hubby dan kids terpaksa mengundur diri nak balik rumah parent hubby pula. Semua makcik pakcik dan sepupu mamaG terkejut mamaG tak ada lama dengan dorang malam takbir kali ni. Tak seperti tahun tahun sebelum ni. Tak da tukang kecoh la tu. Hihihi..

Rasa sedih pun ada juga bila terpaksa balik ke rumah parent hubby malam malam takbir ni kan. Sebab tak pernah buat selama ni. Huhuhu.. redha je la... banyak moment raya tahun ni mamaG bakal terlepas. MamaG jangka raya mamaG kali ni tak berapa nak meriah dan happening huhuhu...

Malam ni, mamaG mama dan adik adik mamaG pakai baju yang sama. Mama mamaG yang belikan untuk kami berempat pakai sedondon hahaha.. macam uniform pun ado. Hihhi... gini la mama mamaG, dia suka beli apa saja sekali untuk kami semua anak perempuannya. Tudung untuk raya pun sedondon dia akan belikan. Hihihi...

Okeh la, malam takbir ni, mamaG kena balik dulu. MamaG kena drive sendiri since hubby silau malam tak berapa boleh nak drive bila malam. Tambahan jalan ke Sandakan ni banyak lori lori besar. So kena hati hati sikit dan alert. Jalan pula tak berapa nak rata dan luas macam di KL ni.

MamaG tak dapat nak beraya raya pertama di rumah parent sebab parent hubby ada program raya pertama dan kedua. Tak dapat nak tolong mama mamaG untuk open house esok. MamaG serah pada adik adik mamaG untuk uruskan. Walaupun mamaG tau dorang kepenatan dan akan huru hara sebab kekurangan ahli dapur esok. Hihhii... sila bertabah yer adik adik. Hihihi..

Sempat membebel via Blogaway 😘


1 comment:

  1. Selamat hari raya niza. Mohon maaf atas segala salah dan silap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea