Laman

30 July 2015

My Life Support Demam...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:04 PM
Buat la apapun, dia tetap mo umi dia juga yang buatkan, ubatkan, tenangkan, tidokan, mandikan, sayang sayangkan, nak suapkan... nak pegang tangan umi ja time tido...

My life support lil angel Rayyan demam panas lagi... sian dia... tadi petang time on the road balik keja, tetiba dapat call dari mr. Hubby yang Rayyan nak bercakap ngan umi dia. Dia nak bagitau kat umi dia yang dia nak tengok wayang malam ni jugak. Dia tunggu umi dia balik keja nak pi tengok wayang sesama. Dia nak bagitau umi dia, dia takmo tengok wayang besok. Walaupun demam, dia nak bagitau umi dia yang dia larat lagi nak pegi tengok wayang. Nak tengok malam ni jugak.

Hurmm... tak daya la mo tolak permintaan si kecil ni. Biarpun dah puas mr. Hubby pujuk dia tunggu dah sembuh dari demam baru pi tengok wayang tapi dia tetap nak jugak. Eksaited dia nak tengok wayang.

Sian tengok keadaan dia tadi sepanajang di mall. Sepanjang tengok wayang. Dia sandar di arm rest kerusi sambil pegang tangan umi dia. Takmo lepas. Sian tengok dia. Mata dah sembab dah. Sampai berair mata dah. MamaG tau sangat tu mesti badan dia dah panas sangat dalam tu. Tengok badan sia pun dah kuar dah corak petak petak tu. Tangan dah pucat sampai biru. MamaG dan mr. Hubby dah risau dah. Sambil sambil tu pujuk la juga kot kot dia betul betul dah tak tahan, nak ja ajak Rayyan kuar panggung. Tak tahan la tengok keadaan dia. Pilu la pulak. Tapi dia selamba ja jawab, takmo balik. Nak tengok juga sampai habis. Dia larat lagi katanya. Hurmm ye la umi dan ayahnya turutkan jela kalau tu buat dia hepi dalam sakit sakit tu...

Balik rumah, suma dia nak umi dia yang buatkan. Takmo ayah dia. Kecuali umi dia yang minta tolong ayah dia. Baru la dia benarkan ayah dia buatkan apa apa untuk dia. Hihihi sabo ye mr. Hubby... layankan je la. Asalkan dia tak mengamuk dah ler...

Malam ni dia dapat izin dari ayah dia untuk tido dengan mamaG. Hihihi.. special treatment dan hospitality dr umi dia. Hihihi...

MamaG ingat lagi dulu masa mamaG demam panas. Rayyan tetiba gi bawak seluar pendek basahan dia, pi basahkan then dengan tak abis perah lagi airnya, terus dia tepek kat dahi mamaG. Terkejut mamaG yang time tu tengah collapse. Habis basah kepala hihihi.. nak marah tak sampai hati bila mengenangkan kesungguhan dia tu. Siap temankan mamaG. Cium cium tangan mamaG sama. Urut urut mamaG lagi. Sama macam apa yg mamaG selalu buat bila kids demam. Hihihi... kids kan belajar dari apa yang kita buat. Baik yang kita buat dan tunjukkan, baik la jugak yang dorang ni ikut dan buat. Gitu jugak sebaliknya.

Muhammad Rayyan Arsyad bin Azman, sila sembuh cepatnya. MamaG dan ayah sunyi la takda kawan gaduh kat rumah. Takda tukang bebel kat umah. Takda orang petah bercakap kat umah. Cepat sembuh ya sayang...



Sempat membebel via Blogaway 😘

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea