Laman

14 July 2015

Suka Sukati Kami...

Celoteh Aku MamaGlam at 8:04 PM
Cerita ni: 
Buang masa main main d toyRus @ KLIA 2... hah budak laki suka la. Banyak karektor adiwira kat sini
Boyz owez b boyz
Hah masak jangan tak masak k
Menung nampak.. hihihi
Candid ka ni?
Harussss ke. Hihihi
Anak bujangku... sejak dah besar ni jarang dapat berselfie ngan dia ni hihih
Do Re Mi ke? Hihihi
Upin Ipin store.. sempat lagi tu...

14hb Julai 2015- Tengah ari ni dah balik kampung via AirAsia. In shaa Allah sampainya petang sebelum buka posa waktu Sandakan. Boleh bukak posa ngan mak mentua kan. Huhuhu...

Tu la ragam kami selama tunggu waktu mo boarding. Tawaf 1 KLIA 2 ni hah selfie here and there. Macam macam ada kan. Rasa macam di mall pun ado. Hihihi.. letih jugak menapak. But ok je. We r having our moment n hepi time sama sama kids kan.

Tadi pi canai Cafe kat klia 2 ni. Hamboi pestime ai beli murtabak harga rm10.90 okeh. Kak ipar pesan. Mak aii sedap sangat kot ek. Mahal lak tu. Tap apa yang bestnya, boleh dapat diskaun 25% kalau tunjukkan kad id penjawat awam or kak siswa, oku dan ntah tak ingat kat apa lagi yang entitle diskaun ni. So dapatla mamaG diskaun tadi since mamaG kebetulan ada bawa kad id mamaG tadi. Tapi still mahal jugak la bagi mamaG kan. Murtabak je kot. Kalau nasi briani takpa la jugak kot. Hihihi...

Syok juga skali skala jenjalan macam ni kan. Kids lari sana sini bebas je. Tak sedar tu dorang tu posa. Jangan tetiba mo minta air sebab haus dah la hihhi.. mamaG n mr. Hubby pula jalan sambil pegang pegang tangan. Macam dating gitu kan... hihi...

Petang tadi dah sampai Sandakan dah. Terus balik rumah mertua yang jaraknya dr epot ni tak sampai pun 5 minit. Dekat je... malam ni tido rumah mentua dulu. Sok baru balik umah parent kan.. petang tadi juga mamaG dan mr. Hubby tak sempat nak rehat, dah mr. Hubby ajak gi bazar. Cari makan untuk berbuka. Kesian pula kat mentua kan nk masak untuk kami. Baik beli je bungkus. Ada 1 jam setengah je lagi nak bukak posa pun. Macam lucu ja bila tiba tiba dalam keta mr. Hubby kata ' wah kita dating berdua lagi kan syg'... hihihi... bkn apa kids tak nak ikut. Sebab leka nak main kat umah mak mentua. Kitorang ok je. Huhuhu... so dating la kami berdua petang tadi. Seperti biasa la jalan mesti pegang tangan. Macam orang bercinta ja. Hihihi.. dah jadi kebiasaan kami kalau berjalan berdua mesti nak pegang tangan. Tak pa la, bukan haram pown laki sendiri kan. Bukannya bopren.. hihhi...

Malam ni nak rehat awal la. Dah ngantuk sgt ni. Tambah lagi kat Sabah kan malamnya cepat. So cepat la juga ngantuknya. Nak kena rehat betul betul sebab mulai esok banyak benda nak buat ni. Arap arap tekanan darah mamaG stabil. Kang sakit naya mamaG. Apa pown takleh buat. Huhhu.. in shaa Allah...



Sempat membebel via Blogaway 😘

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea