Korang pernah tak bila ada maslah yang menimpa yang terlalu berat untuk diterima dan diuruskan, korang rasa macam nak stop sekejap daripada memikirkannya. Yang ada difikiran korang cuma nak berehat dan jauh daripada segalanya untuk seketika. Hanya untuk seketika. Jauh daripada nasihat orang untuk seketika. Korang rasa macam korang perlukan satu ruang untuk melegakan hati dan fikiran untuk seketika.
Tapi ada pula orang orang sekeliling yang menilai korang bila korang bersikap san bertindak macam tu. Katanya seolah olah korang nak melarikan diri daripada masalah. Dan timbullah macam macam nasihat bernas lagi positif. Mengatakan maslah takkan selesai jika kita bertindak macam melarikan diri. Tak nak face up problem kita.
Well... tak boleh juga salahkan orang yang berkata kata macam tu kan. Dorang cakap mcm tu sebab dorang concern. Tak mo kita terkandas or jatuh teruk. Betul tak... syukur la atleast ada orang yang sudi tenangkan kita dan sentiasa ada bila kita sedih, susah hati atau dalam keadaan terburuk kita (our worstday ever katanya hihi)...
Cuma ye la, kadang kita memang perlukan masa untuk bersendiri. Meredakan gelora hati dan meleraikan kekusutan fikiran. Untuk kita mengatur semula apa yang perlu kita lakukan untuk hadapi maslah yang datang. 1st thing utk dihadapi dan remain calm adalah emosi dan fikiran negatif yang singgah. Bila kita dapat kawal emosi dan fikiran negatif ni, in shaa Allah kita mgkn boleh berfikir dengan rasional semula dan positif optimis gitu lorr..
Selagi emosi dan pemikiran tu tak berapa nak lurus lagi, memang susah la kita nak hadapi maslah yang berat tu kan. Mula la nanti kemurungan. Kalau murung ok lagi, kalau tetiba agresif buat keja yang xbetul acaner tu kan... membahayakan kesihatan dan diri jugak nantinya.
Jadi, apa apapun, jika ada maslah yang mengganggugugat (wah pjg tol word nak ejanya pown hihi) sila step aside dan take ur time alone... berenti la sekejap. Buat la sesuatu yang melegakan hatimu yang menceriakan hatimu selain mengadap Ilahi. Kita ni manusia biasa. Ada kalanya perlukan seseorang yang kita percayai utk kita meluahkan apa yang terbuku dihati. Jangan pendam terlalu lama. Takut yang dipendam menjadi dendam...
So so so so.... ceria hatimu cerialah hidup mu.... stay hepi ya...
Sempat membebel via Blogaway 😘
0 berbalas bebelan:
Post a Comment