Laman

07 November 2012

Sadness Wednesday...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:36 PM
Harap maaf, Isi entry ini telah di sorokkan, sebab dah melanggar terma blog ini iaitu, no sad sad story, okeh. Kepada sesiapa yang dah baca tu, terima kasih sudi baca luahan hati anak perantau. PAda yang tak sempat nak baca tu, tak yah la nak baca bace ek,... Tak best pun.. hihihi...

Hari ni mamaG cuti lagi, sebab pengasuh sakit. Kesian mamaG kat pengasuh tu. Semalam dia jatuh, abis kakidia terseliuh dan tangannya kene simen sebab retak. Ya Allah, Kau sembuhkanlah cepat sakitnya. Dan kurniakanlah dia ksihatan yg berpanjangan. Pengasuh anak mamaG ni baik sangat. Dia anggap dan jaga anak anak mamaG macam anak sendiri, malah manjakan anak anak mamaG lebih dari mamaG sendiri. Pengasuh ni yang mamaG panggil Kak Ani ni tak pernah merungut dan tak pernah berkira dengan anak nak mamaG. Hanya dia ja la harapan mamaG dan hubby utk jaga kids mamaG bila mamaG kene pi kursus. Kak Ani ni pun serasi dgn kids mamaG. Dah lama mamaG dgn akak ni. Sejak Irfan kecil lagi,sampailah lahir Rayyan, dan sampailah sekarang.

Memang mamaG dah anggap akak tu mcm keluarga rapat mamaG dah. Almaklumlah mamaG n hubby ni orang merantau. Di sini kami memang tak ada keluarga atau saudara dekat yg boleh kami minta tolong. Kami hanya ada kami sendiri saja. Bila mamaG sakit or kidsada masalah,hubby ada, kalau hubby or kids sakit or ada masalah, mamaG ada. Kalau mamaG n hubby ada masalah,Kak Ani tu la harapan mamaG utk jaga kids. Kalau mamaG n hubby kene stayback kat ofis, Kak Ani tu la juga yg sudi tolong.

Kalau salah seorang dari kami tak ada,tak tau la mcm mana. Memang susahlah mamaG. Terpaksa ambil cuti yg dah tiada tu. Macam sekarang ni, terpaksa cuti potong gaji. Pening kepala mamaG mikirkannya. Tambahan pula sekarang ni mamaG dpt tau, byk prosedur nak kene buat, dan efeknya sgt negatif pada servis mamaG nanti. So lepas ni kalau kerja bagus pun or not so perfect, komited siapkan kerja sampai stayback pun, itu takkan dpt menjamin apa2 bila once kita ni terpaksa amik cuti sebab hal peribadi yg memang tak dpt dielak lagi. Performance kehadiran kita tak berapa baik. Kebanyakkan cuti mamaG disebabkan kids mamaG sakit n pengasuh mamaG sakit. Cuma akhir2 ni mamaG pula yg salu sakit.

Mungkin bagi orang lain, boleh persoalkan kenapa tak ada orang lain ke nak jaga anak? Pengasuh tiada utk jaga anak itu bukanlah alasan munasabah or tak kukuh, tapi memang itulh punca masalahnya.Ya, saya tiada orang lain lagi yg dpt jaga anak saya. Ya, memang pengasuh sayasajala sorang yg jaga anak saya,dialah segalanya bagi saya dan hubby bila jaga anak anak saya. Ya memang dengar alasan tak kukuh, tapi kukuhbagi saya yang langsung tiada saudara mara di tanah semenanjung ni. Dan akan manjadi masalah besar bagi saya kalau pengasuh saya ada masalah. Jiran? Kalau korang bagi koran semua, sejauh mana anda letakkan kepercayaan kepada jiran yang berbangsa asing utk menjaga anak anda? Jawap la!! Ya, saya dikelilingi jiran berbangsa asing.

Tapi tak apa,peraturan tetap peraturan. MamaG kene hadapinya. Macam mana teruk pun keadaan mamaG kene hadapinya juga. MamaGtau mamaG tak buat salah yg melanggar peraturan yg berat. MamaG cuma kehabisan cuti dan terpaksa ambil cuti tanpa gaji sebab tiada org jaga anak mmaG. Dah penat tepon sana sini, cari sana sini yg blh tumpang jaga Rayyan utk minggu ni. Mostly tak ada yg blh jaga or nak amik budak lagi utk jaga. (hurmmm, sgt pening, dzn bertambah pening bila cuti ni jd isu yg bertambahbesar dan melibatkan masa depan kerjaya).

Korang semua takkan dpt rasa apa yg saya alami bila jadi macam ni. Mungkin bagi korang, tiada pengasuh takpa, boleh hantar kat rumah adik ke kakak ker, saudara ke, jiran yg sebangsa kita ker kan, sebabtu bila jadi kat saya, korang semua boleh persoalkan. Ataupun, jika bernasib baik dan bergaji tinggi, mampu utk menggaji bibik or orang gaji.Tapi cuba letakkan diri anda dlm situasi saya. Cuba byg kan, anda semua juga perantau seperti saya. Di sini hanya ada anda dan suami menguruskan keluarga kecil anda. Tanpa keluarga,saudara dekat dan bibik ororg gaji. Nak balik kampung,tiket kapal terbang mahal.

Tiada siapa tau, kepayahan dan kesedihan yg dirasa bila ada masalah mcm ni. Terpaksalah mkorbankan kerjaya demi anak anak. Terpaksa menguatkan semangat sendiri, memujuk hati sendiri, yakinkan diri mampu atasi ujian Allah swt. Tanpa keluarga dan saudara di sisi. Hanya ada hubby, kids dan pengasuh. Beruntunglah korang yang ada keluarga dansaudara dekat. Yg mungkin boleh dan sudimembantu tika korang susah, walaupun utk sehari dua.

Hati ini sedang menangis. Maaf, tak mampu lagi nak teruskan entry ini. MamaG perlukan ruang utk motivasi diri dan fikirkan jalan utk selesaikan masalah ini. Secepat mungkin. Kerana sekarang ini kerjaya mamaG umpama di hujung tanduk, bagi mamaG. MamaG perlu bertenang dan fikirkan baik buruk sesuatu tindakan. Tanpa menjejaskan mana2 pihak atau sisi mamaG.

Ya Allah, aku berserah pada-mu, dan bukakanlah jalan utk ku dan permudahkanlah usahaku. Aminnn....


P/S: kita memang sentiasa perlukankeluarga dan saudara. Tak semestinya wang ringgit atau kebendaan tetapi moral support memadai.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea