Laman

14 November 2012

Durian Merah a.k.a. Tempoyak Sabah

Celoteh Aku MamaGlam at 4:59 PM
Cerita ni: 

Okeh, ntah napa tetiba pula teringat pasal durian merah ni atau dipanggil tempoyak bagi orang-orang Sabah. Di Sabah, durian ni memang susah nak jumpa la, ada musim la. Tapi bila musim pun, bukan senang nak jumpa pun, kalau jumpa pun, mesti mahal. Hah, tempoyak? Jeng jeng jeng, bagi orang Semenanjung mungkin macam pelik kut kan. Yela kat Semenanjung, tempoyak dorang asalnya daripada durian biasa tu juga tapi selepas diperap dan diproses menjadi tempoyak la kan. Tapi di Sabah, durian ialah durian, manakala durian merah ini lah tempoyak. Tak sama wooo... Rasa dan bau juga memang beza.

Tapi, mahal mahal durian tempoyak ni, orang sanggup je beli, walaupun utk bekas kecil ja. mamaG ingat lagi, bila musim durian tempoyak ni kan, biasanya mak cik bongsu mamaG la yang tinggal kat Pekan Telupid tu yang salu jumpa, sebab kat tempat dia ada banyak jual. Untuk bekas kecil macam bekas kita salu makan dadih tu, hah mau mau harga dia dalam range RM35-45/bekas. Sikit je tuh..

Tapi berbaloi bila beli, sebab durian ni memang amat-amat la sedap. Tak tau macam mana nak describe rasa dia, tapi memang sangat sangat sedap. Biasanya orang guna untuk tumis atau dicampur ke dalam masakan la. Tapi selalunya pun, tumis ngan bawang merah yang kecil tu je, memang mabeles abis la, memang terangkat kening woo makan tempoyak nih..

Durian merah ni dia tadak bau macam durian biasa tu, yang bau wangi durian tu boleh sampai 1km.. hihihihi... Tapi durian tempoyak ni, tak ada bau, isi merah darah. Kalau cuit sikit, kat jari tu dah ade kaler merah.. macam kene kaler gitu.. Saiz pula kecil-kecil jew.. comey jew bentuknya.. Walaupun kulit dia dah rekah, tapi still tadak bau jugak.. Memang sifat durian merah ni gini..

Wah, enuf la utk entry durian tempoyak ni, kang mengidam pulak, mapus Encik Asben nak carik kan.. hahahaha... Apa-apa pun ari ni mamaG ingat nak pi carik durian la.. Dari pagi tadi dok trfikir nak makan durian je... Yummyyyy...


4 comments:

  1. durian ni agak creepy la rupanya, tak pernah rasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la salah satu keunikan negeri Sabah yang tak ada kat negeri lain. hihihi..

      Delete
  2. nak bli ni... leh dapatkan tak...untuk sebekas dua....pleaseeeee....wife menyidam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa yeke.. Saya pun tak pasti masih ada musim lagi ke tidak. Nanti saya tolong tanyakan keluarga saya di Sabah ya. Nanti drop ur h/p no., nnt i contact u if ada good news. N where are u anyway?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea