Laman

20 November 2012

Bermakna ka Hidup Tanpa Gosip?

Celoteh Aku MamaGlam at 12:01 AM
Cerita ni: 
Salam semua. Wah tajuk je dah lain kan. Okeh sapa sini yg suka bergosip? Hah angkat tangan tinggi! Tinggiiii lagiiii! Okeh dah la, kang tersebar perfume yg terlarang pula. Hahaha.

Dalam hidup ni, ada orang kata, hidup ni macam tak ceria kalau tak diwarnai diisi dengan gosip. Tak kiralah gosip pasal artis ker, jiran sebelah ke, saudara sekampung ke, ipar duai ke, mertua mentua ke, kawan sekerja dan tak sekerja ke, semua la. janji gosip hah kan.

Betuuulll ker tak ceria? Hurmm. ... Boleh caya ker? Hihihihi. Okeh mamaG caye bukan apa, mungkin ada segelintir manusia ni tak boleh kalau tak bergosip or baca gosip. Rasa hati tak tenang, harinya mendunnggg gitu kan. Rasa macam outdated pun ada. Wah cakap mcm cakap psl diri sendiri je mamaG ni kan. Eh tadak la, mamaG tak macam ni.

Wah bagi mamaG tak salah nak baca or dgr or ckp gosip ni. Tapi biarlah ianya fakta yg betul dan benar. Tiada perisa dan perasa tambahan. Bukan apa, nak elakkan kita ni dpt dosa senyap2 kalau sebenarnya gosip tu tak betul. Sebab apa saja kenyataan atau cerita yg diceritakan tu tak betul akan boleh jadi jatuh hukumnya kategori haram sebab boleh bertukar menjadi fitnah pada org yg digosipkan. Malah mengaibkan orang tu. kan kesian. Kesian kat kat org tu di dunia la, kesian kat kita ni di alhirat kelak la. tanggung la sendiri bahana mulut tu.

Jadi berhati hatilah bila bergosip. Pastikan betul. Dan jgn percaya pada gosip. Degar boleh, percaya tidak. (Sekali sekala percaya takpa kut, hihihihi boleh gitu kan).

Siapa kata tak boleh hidup tanpa gosip? Tipu la tu. Hidup sbb kita mkn. Gosip tak bg kenyang pon. Still juga pi dapur cari mkn kan. Hohho.

Ekceli hidup tanpa gosip ni rasa mcm aman je hidup tau. Takyah nak amik tau sgt org peduli hal org lain. Jaga hal sendiri sudahlah. Asalkan tak ganggu hidup org lain.

Berbuat baik pada org lain (Bukan buat2 tau, beza tu), walaupun org lain selalu sakiti kita. Senyum, redha dan bersabar.


0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea