Laman

29 December 2012

Rumah Idamanku.. Kononlah..

Celoteh Aku MamaGlam at 5:39 PM

Bila ditanya pendapat mengenai rumah idaman yang macam mana yang mamaG suka atau nak beli kalau mamaG mampu or kaya, senang jew nak jawapnyer.. hehehe konfiden.. Okeh, kalau la mamaG ni berkemampuan or kaya la kan, mamaG suka dan nak beli rumah lot sebuah je yang setingkat je. Taknak yang bertingkat-tingkat even 2 tingkat pun mamaG taknak sebab nanti kalau dah tua, letih ooo nak turun naik tangga nak bersihkan rummah kan, pastu ada tanah sikit pun takpa, utk buat laman dan mini kebun gitu. Sebab mamaG suka suasana minum petang di laman rumah, buat gazebo or anjung sikit kat laman tu kan, bileh la duduk minum petang kat situ sambil menikmati suasana petang kan, apa lagi kalau ada anak kecik ke kan, boleh tengok dorang main-main sambil kita rehat-rehat kan.. Wahh, so heaven.

Bagi mamaG, biarlah rumah tu setingkat je asalkan tak penat turun naik tangga bila dah tua. yela cuba bayangkan bila kita dah tua, anak-anak pula dah besar, dah ada haluan sendiri dan kehidupan sendiri dan hanya akan balik bila bercuti perayaan, majlis keluarga dan bila rindu keluarga je. So selebihnya tinggal kita dan enchek Asben juga berdua kat rumah kan. Dan mamaG tak suka ada orang gaji. Bagi mamaG selagi mamaG mampun buat keja dirumah dan handle anak-anak, selagi tu mamaG nak buat semuanya. Of course la dengan bantuan enchek Asben kan. hihihihi syukur i have him.. Sebab bagi mamag biarlah macam mana kurang sempurnanya mamaG sebagai seorang isteri dan ibu, atleast semua tu mamaG yang lakukan dengan kederat dan tenaga mamag kan. Susah dan penat macam mana pun mamaG nak buat urusan pejabat, urusan rumah, urusan anak-anak, mamaG tetap nak buat semua tu. mamaG tak nak kehilangan moment dan pengalaman susah senang menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga since mamaG ni wanita bekerja.

hurmmm, rasa macam dah lari dari tajuk je ni.. hahahaha.. neway, 'ada aku kesah!', nikan blog mamaG sukatilah kan nak buat tajuk lain, cerita lain kan.. hahahaha... mahap yeee.. dis is me and the way i am, wat to do kan.. hahaha.. mamaG suka lari dari tajuk.. wat ever cross my mind at that time, itu la yang akan mamaG ceritakan.. walaupun time tu tengah cerita benda lain.. hahaha..

so, back in track! Rumah mamaG nak memang simple dan sederhana jew. yang penting, keperluan asas mesti ada la. yang lainlain tu tak kisah, ada ataupun tidak. mamaG suka rumah yang sederhana, simple dan praktikal dan boleh maximakan penggunaan ruang..

tapikan itu semua kalau mamaG berkemampuan dan kaya kan. in real life of mamaG, mamaG tak kisah nak duduk rumah macam mana pun, asalkan selesa dan sederhana. lagi satu kan, mamaG suka rumah yang designnya kita boleh see through all bilik dan dapur dari ruang tamu.. biar dapur tu jauhnya 100-200meter dr ruang tamu, asalkan nampak ok la.. reason? tiada yg spesifik tp mamaG suka mcm tu. sebab walaupun mamaG kat ruang tamu, mamaG still boleh nampak wat's going on kat dapur tu, tak nampak semua ruang dapur pun, sikit pun jadi la.. wah, sense of penyibuk tu memang tinggi betul kan.. ekekeke...sebab tu mamaG suka rumah setingkat jew..

biar umah jauh ke depan jangan tinggi ke atas.. ekekeke.. dan tak mo la terlalu besar macam banglo ke, semi-D ke. terlalu besar pun tak larat jugak nak buat keja kan.. cuba bayangkan, rumah besar ala bango or semi-D, anak-anak pula keci lagi or masih sekolah la kan, memang naya la nak mengemas rumah kan. tambah pula mamaG tak suka ad orang gaji kan, yela tak privasi bagi mamaG dan hilang pengalaman jadi real mom n wife gitu (konon!).. dah abis kemas ruang kat ujung, kat depan disepah pula oleh anak-anak kan, dah kemas depan, disepah pula kat laman rumah, dah kemas laman rumah, sepah pula kat dapur, hah berapa kali nak ulangkemas tempat yang sama dalam 1 hari? letih kan? tu baru bab mengemas, belum lai bab menyapu dan mop lantai kan.. hah memang patah la pinggang.. hahahaa.. So, kenapa nak cari rumah yang besar tapi menyeksakan kita in the end kan.. memanglah utk keselesaan (a bit kebanggaan maybe), dan mampu kan, tapi macam mamaG fikirkan fikirkan juga demi diri sendiri yang nak kene maintain jaga rumah tuh.. taknak la dah tua nanti free-free je bayar kat org gaji semata-mata nk bersihkan rumah kan, baik guna duit yang banyak tu utk spend time dengan famili kan.
gantikan masa sibuk kita dipejabat tu dengan spend time dengan kids kan.. Yela, kita ni kan berkerja, masa yang kita luangkan utk anak-anak juga kurang. balik keja, lambat dan penat dah. pastu dah siap-siap utk masak, makan, rehat, pastu dah tidur sebab besoknya kene bangun awal sebab nak elakkan jam, nak hantar anak ke taska/sekolah. So, agak-agak berapa banyak masa yanada utk buat aktiviti bersama dengan anak-anak. memang susah, memang penat. tapi itulah cabaran ibu bapa bekerja zaman sekarang ni dalam membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarga.

sebab tu mamaG tak nak rumah yang terlalu besar utk mamaG  dan keluarga. mamaG tak nak anak-anak mamaG hidup dalam dunia sendiri tanpa mementingkan nilai kekeluargaan. yela, zaman sekarang ni kan zaman gadget, internet. budak-budak sekarang ni, memang cepat pandai dan absorb apa disekeliling dorang.  so, mamaG taknak anak-anak mamaG dok terperap dalam bilik buat keje sendiri yang kita sendiri pun tak tau dorang buat apa sebab dah terlalu sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan diri sendiri. tanpa fikir keperluan rohani dorang kan. biarlah dorang sibuk dengan dunia fantasi ke apa ker, asalkan dorang ada di depan mata mamaG. mamag nampak apa dorang buat. main game ker, surf internet ke, belajar ker, main ker, biar depan mata mamaG.. sebab tu rumah sederhana dah cukup dah..

bagi mamaG, semua ni mamaG buat sebab mamag tak nak anak-anak mamaG rasa apa yang mamaG dan adik-adik rasa waktu kecil dulu. mamaG nak anak-anak tau yang Ayah dan Umi dorang insya Allah akan sentiasa ada dan mendengar apa saja luahan/masalah mereka. beri perhatian dan kasih sayang tak kira sibuk macam mana pun, paling penting bagi mamaG ialah menjadi kawan baik kepada anak-anak mamaG.

so, kesimpulannya, mamaG suka rumah sederhana dan selesa, tu jew.. tadak nak demand-demand okeh.. fikirkan bila dah tua nanti macam mana nak urus rumah yg besar tu kan.. hehehehe..

korang pula macam mana? suka rumah macam mana?

1 comment:

  1. Laa ingatkan disertakan design rumah sekali, rupanya tiada hihi. Klu aku pun, aku x suka rmh telampau besar tp aku suka bertingkat sbnrnya wpun rmh tu kecik spya dptla exercise hari2 naik turun. Bilik paling bnyk pun 4 buat msa ni or tiga tp master room kena besar sb aku mau buat almari pasang siap supaya bilik nmpk kemas, space pun nda kena kacau oleh almari2 yg main angkat2 tu. Nantila aku update balik dlm blog sb ada input baru ku psl rmh hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea