Laman

03 December 2012

Resepi Macam Mana Nak Buat Durian Crepe.

Celoteh Aku MamaGlam at 11:08 AM
Cerita ni: 
Salam semua, wah pepagi ni tetiba opis mate tanya lak kat mana nak beli durian crepe ni. Mak ai, dah lama mamaG nak try beli dan makan benda tu tapi ntahlah kenapa la mamaG tak terbeli-beli jugek. huhuhu..

Sekarang ni kan tengah hot pasal Durian Crepe ni kat FB, blog dan market. Mak ai.. Teringin tapi usaha nak beli tu tak ada la pulak.. hohoho.. (alasan!).

Sekalinya, mamaG pon gi la google kat blog masakan yang amamG selalu terjah tu kalau ada apa2 yang mamaG teringin nak makan dan buat buat sendiri kan. mamaG singgah kat blog Kak Ita, rakan blogger yang sangat rajin menhidangkan macam-macam resepi yang sedap-sedap mamaG cakap luuu.. Gi la jenguk. Terima kasih Kak Ita sebab sudi berkongsi resepi Durian Crepe ni. Teringin nak cuba sendiri memandangkan mamaG membayangkan yang di dalam peti ais mamaG masih ada lagi barang-barang utk baking yang belum sempat mamaG habiskan.

Hah, bagi korang terliur sikit. (amamG pun dah terliur dah tengok ni..)

Gambar pinjam daripada Kak Ita (makaseh)

Ok ye murid-murid sekalian, macam korang juga, mamaG ingatkan susah nak buat crepe ni, tapi selepas bertapa di blog Kak Ita pasal nak buat crepe ni, rupa-rupanya ianya hanyalah susah di dalam minda jew.. hohohho.. Tak paham maksud mamaG? hah lupakan jew.. Rupanya senang jew nak buat crepe ni..

Camna tu? Camna tu???...

Bahan-bahan utk crepe:

250g tepung gandum
500ml santan
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Cara buat crepe:

Campurkan kesemua bahan-bahan crepe tadi, gaul rata di dalam bowl, then blender-kan hingga sebati dan halus. Kemudian, tapiskan adunan yang sudah di-blend-kan tadi tu. 

Panaskan kuali non-stop, then calitkan sedikit minyak/majerin, kendian tuangkan sesenduk kecil adunan crepe tadi. Ratakan nipis.

Crepe ini tak perlu ditrbalikkan, cukup sekadar adunan di bahagian atas tu dah kering, kendian bolehlah di angkat dan sejukkan. 
   

Bahan-bahan utk filling Durian

1 cawan non-diary whipping cream
beberapa ulas durian


cara buat filling durian:

Pukul whipping cream sehingga kental di dalam mixer, letakkan ditepi
Pisahkan isi durian dari bijinya, lumatkan sedikit, letakkan di tepi


Cara nak buat Durian Crepe Pula:

Ambil 1 keping Crepe letakkan di atas pinggan. 
Letakkan sesudu whipping cream di tengah-tengah crepe.
Kemudian, letakkan isi durian yang dah dilumatkan di atas whipping cream,
Kemudian, balut/lipat crepe tadi.
Simpan kat peti ais utk make sure whipping cream tadi maintain kental.

*dihidangkan sejuk-sejuk pun sedap.
*warna crepe ikut suka la ya. Kalo suka pink, tukar je pewarna tu kaler pink. Nak kaler-kaler pun boleh, ikut suka korang, janji korang happy!

Cara buat Durian Crepe daripada Kak Ita

Sumber Resepi dan gambar: Kak Ita (Tq Kak Ita)
 

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea