Laman

14 November 2012

Astro Chef Apps For Android

Celoteh Aku MamaGlam at 4:25 PM
Okeh ari tu masa tengok citer Master Chef kat Astro, dorang ada bagitau, boleh dapatkan resepi Master Chef kat apps Astro Chef. Boleh install kat Android Play Market or I-tunes utk Apple devices. So, mamaG pun gi la menyebok kat Play Market. Wah memang ade lah.. Tengah install ni kat tablet. Nak try tengok, ok ke tak app dia..



Hah, ni logo dia. Kang jumpa logo yang lain rupanya, jgn install okeh.. Yang ni yang netul punya. hihihi


Okeh kat bawah ni mamaG bagi diskripsi daripada developer, sila la baca yer.. (mamaG nak test test tgk jap apps yg dah siap install kat tablet mamaG).

Jika anda suka memasak, ini adalah tempatnya! Aplikasi Resipi ini direka untuk membantu anda di dapur dengan sedikit bantuan daripada program-program Astro seperti MasterChef Malaysia, MasterChef Selebriti dan sebagainya.
Aplikasi resipi membawa anda semua resipi terbaik daripada pelbagai program yang disediakan di Astro. Dapatkan resipi-resipi yang telah digunakan dan dinilai daripada MasterChef Malaysia dan terbaru daripada MasterChef Selebriti dan nantikan resipi-resipi di bulan Ramadhan yang akan datang daripada Oasis yang terdapat dalam satu aplikasi. Sukakan Ayam Masak Madu musim lalu? Jangan bimbang, semuanya boleh didapati di sini termasuk video resipi untuk membantu anda dalam masakan.
Terdapat lebih daripada 50 resipi dalam aplikasi ini untuk anda pilih dan banyak lagi di.
Aplikasi ini membolehkan anda:
• Cari dan pilih resipi anda sendiri dari rancangan atau bahan-bahan.
• Ikut dan tonton video resipi dan masak seperti chef di kaca TV anda.
• Tambah resipi-resipi ke senarai membeli-belah anda dan periksa semasa membeli-belah barangan anda.
• E-mel dan tetapkan peringatan untuk mengingatkan diri anda untuk mendapatkan bahan-bahan anda.
• Simpan resipi kegemaran anda ke senarai kegemaran anda.
• Kongsi resepi kegemaran anda atau syorkan resipi melalui e-mel, twitter atau facebook.
Dan banyak lagi ciri-ciri yang akan datang ...











 

 

 

Korang boleh install apps ni kat sini

p/s: mamaG dah tgk dah apps ni, hurm, not bad.. memang lapar la tengok isi dalam apps ni.. resepi memang meletop. Lepasni, boleh la, kat dapur tu sambil-sambil tengok apps ni utk dptkan idea dan resepi utk menu nak makan kat rumah kan.. Enjoy!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea