Laman

18 October 2012

Sambal Belacan Mak Mertuaku

Celoteh Aku MamaGlam at 3:05 PM
Cerita ni: 
Hohoho... Tajuk je dah lain macam ek. Bukan apa saja nak kongsi sambal belacan ibu mertuaku ni. Sedap tu memang la. Air tangan ibu katakan. Masak apa pon sedap kan.

Selama ni bukannya mamaG tak reti buat sambal belacan tp cuma tak menepati piawaian selera belacan enchel hubby jew. Dia salu bandingkan sambal belacan mamaG ngan mak dia a.k.a ibu mertuaku kan. Napa xsama rasa. Hurm, mula2 tu memang la keci ati sebab perempuan mana especially wife, suka dibandingkan dgn org lain. Tentulah tak sama kan, sebab mamaG ni bukan mak dia kan, bini dia tau.

Tapi demi nak dapat keredhaan enchek hubby, lupakan semua itu dan think n act positif okeh. MamaG belajar dgn mak mertua mcm mana nak buat sambal belacan febret enchek hubby dr kecik tu. Ekceli bukan belajar secara direct, sebenarnya mengintai macam mana nak buat. Huhuhu.

So, niza nak kongsi resepi sambal belacan ala ibu mertuaku. Memang ada beza sikit cara dia dan rasa. Walaupun x 100% sama dgn ibu mertua punya sambal belacan, tp dah boleh buat enchek hubby angkat kening mkn sambal mamaG buat tu n bg pujian melangit, kira ok la. syukur la.

Ok ni cara nak buat:

Belacan (dipotong dadu) dan bawang merah (dikupas kulit, xpayah hiris/potong) digoreng agak2 masak sikit tu angkat, toskan.

Tumbuk bawang yg dah goreng tadi sampai separuh lumat, masukkan belacan yg dah goreng, tumbuk lagi. Masukkan cili padi dan tumbuk sampai lumat. Gaulkan. Agak2 sebati tu, masukkan perahan air limau kasturi, gaulkan sebati, masukkkan garam dan gula secukup rasa.

Tips: utk sambal belacan ibu mertuaku ini, kena lerak air perahan limau kasturi tu sikit jew, nak texture yg pekat okeh.

Tips: ni tambahan dari mamaG. Biasanya kalau mamaG buat sambal belacan, mamaG suka letak buah tomato yg di potong dadu kecil dan separuh ditumbuk. Menambahkan lagi keenakkan sambal belacan. Cuma ukt sambal belacan ibu mertuaku ini, mamaG tak berani la nak letak tomato kan, tak nak menderhaka dengan resepi mak mertua katakan.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea