Laman

08 October 2012

Jagalah Dan Hargailah Pokok Kita

Celoteh Aku MamaGlam at 1:11 PM
Cerita ni: 
Pokok-pokok yang terdapat dalam sebuah kawasan seluas 1 hektar (2.47 ekar) mampu mengeluarkan empat tan oksigen. Jumlah ini cukup untuk membolehkan 18 orang manusia hidup selama setahun.

Pokok menapis habuk dan debunga serta menyerap bahan kimia bertoksik yang tersebar di dunia.

Pokok membantu mengurangkan 50 peratus daripada bunyi bising dan sekaligus bertindak sebagai pemecah angin.

Sesetengah pokok mempunyai daun yang besar dan lebar. Daun-daun ini menghalang hujan daripada terus jatuh ke tanah. Hasilnya air hujan itu jatuh dengan lembut dan meresap masuk ke dalam tanah secara beransur-ansur. Ini membantu menghalang bahagian atas tanah daripada terhakis dengan cepat.

Sebatang pokok mampu meyerap 60 gelen air sehari. Ia juga boleh menyerap cecair dan lembapan yang terdapat pada daunnya.

Jika ingin menyerap kesemua gas karbon dioksida di muka bumi ini, pokok-pokok yang perlu ditanam adalah seluas negara Australia.

Akhir kata, sayangi bumi untuk kesejahteraan hidup kita.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea