Laman

04 October 2012

Explorasi Irfan ke Pusat Sains Negara

Celoteh Aku MamaGlam at 10:59 AM
Cerita ni: 

Pagi ni semua bangun awal. Bukan apa bizi la konon kan nak bersiap nak pi taska si Irfan ni. Tidur semalam pun bukan main awal lagi. Jam 8.30pm pon belum tapi dah start tido. Almaklumlah Irfan kan hari ni ada lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara.

Orang paling ceria pagi ni ialah si Irfan la!

Pagi ni mamaG hantar Irfan ke taska dan tunggu sampai diorang bergerak ke Pusat Sains Negara. Biasalah hati seorang ibu kan, ni 1st time mamaG. Hubby lepaskan dia pergi lawatan macam tu tanpa kami as his parent utk jaga dia kan. Selama ni dia xpenah ikut dan xnk ikut sesiapa selain daripada kami, atuk dia dan pengasuh dia. Lain dari tu, walaupun kenal dia x akan nak ikut.

Bila tengok dia naik bas Jabatan Pendaftaran Negara, (taska Irfan di bawah JPN Putrajaya) rasa cam hepi n nebes pun ada. Yela macam mana la dia nanti kat sana kan. Arap2 dia xlah nakal da rajin nak explorasi sendiri. Sebab dia memang macam tu. Sukati je nak explore tempat. But mamaG pecaya cikgu-cikgu dia dapat control.

Bagus juga taska dia buat lawatan macam ni kan, kids ni dpt belajar sumting diluar pegetahuan dan penglihatan dorang. Hari penah juga ajak encek asben bawa kids ni pi sana tapi encek asben pula ada on call keje. So xda rezeki nak pi sana. Ni bila dapat tau taska ni nk wat lawatan ke sana, tu yg encek asben terus je setuju tu. Yang penting Irfan hepi dan learn sumting new.

Tak sabar mamaG nak tunggu Irfan balik. Nak dengar cerita dia. Dah la dorang punya lawatan tu 1 hari. Dari pagi ke petang. Ok la kan. Sabar ya mamaG, insya Allah Irfan baik-baik je dan sdang menikmati hari penuh gembira dan explorasi yang galaktik dan learning in fun way.

Ok la, nanti mamaG buat entri pasal apa yang Irfan cerita pengalaman dia ya. Huhuhu...

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea