Laman

01 October 2012

Butter Creamy Prawn a.k.a Udang Butter Cream

Celoteh Aku MamaGlam at 10:57 PM
Cerita ni: 

Salam semua, wah tetiba buat entry time malam kan. Hahaha.. Jarang-jarang tu, jadik sila la layan mamaG punya entry ek.

Ok kali ni mamaG tetiba terasa nak share resepi masakan udang yang mamaG selalu masak di rumah atas permintaan mr. Hubby dan juga kids. Xbosan-bosan dorang ni. Tapi bagi mamaG memang sodap melatop pon. Ekekeke, puji diri sendiri lagi.

Tapi yang ni resepi ni main campak-campak jew. Mungkin juga ada yg pernah buat tapi mungkin beza skit sebab bahan yg mamaG guna mmg sikit jew. Ikut apa yg ada di dapur la. Ekekekw.. Ok jom try! Kalau sedap ke xsedap sila komen ya.

Bahan-bahan:
1) opkos la udang yg sederhana besar
2) susu cair
3) garam dan gula
4) Bawang merah yg kecik tu
5) daun kari
6) buttercup

Okeh cara masaknya:

Mula-mula cairkan buttercup di non stick pan dgn api yg kecil. Tumis bawang merah yg dihiris halus. Tumis skali juga daun kari beberapa helai (mamaG suka guna dlm 8-10helai daun kari).

Agak-agak dah naik bau butter n daun kari tu, masukkan udang (yang hanya dipotong sedikit bhgn kepala dan dibuang otaknya, kulit dan kepala sila jgn buang okeh) gaul sebati dgn tumisan butter tadi.

Agak-agak dah SEPARUH masak udang tu, masukkan susu cair sedikit dlm suku cawan gtu. Gaul sebati. Agak-agak dah pekat sikit kuah sos butter tu, dah blh matikan api, dan dah boleh ngap!

Tips: kalau suka sos creamy t banyak, bh letak susu cair lebih skit pastu masak sampai ala pekat sikit or dah mcm creamy-creamy sos tu, dah ok la tu.

Tips 2: selalunya mamaG letak sikit cheese, memandangkan cheese dah habis kat peti, campak apa yg ade je la. Letak cheese lagi terangkat wooo...

Tips 3: mamaG tak suka buang kepala udang tiap kali masak udang. MamaG cuma potong sikit je bh kepala tu utk buang duri n otak udang tu. Sebabnya mamaG ni suka hisap kepala idang. Fuhhh memang terangkat kening wooo. Sebab tag situ la terserap semua perasa yg ada.. Creamy dan rasa udang. Fuhhh...

Tips 4: kadang2 mamaG masak guna sosej pun sedap jg. Cuma cream dia mamaG suka kalau dipekatkan lg kalau masak guna sosej.

Tak caya??? Huh korang cuba la.. Baru komen... Tak suka byk creammy, masak sampai pekat or sticky. Klu suka creammy dia berkuah hah msk bg sampai pekat jew. Ikut sukati tekak memasing la. Yang penting sedap dan enchik asben suka gila.

2 comments:

  1. Mcm mau cuba ni hehe. Blm prn aku msk bgni.

    ReplyDelete
  2. Ya cuba jgn ndak cuba.. sedap nani.. ni rasa tekaku ngn hubby n kids la.. tiap kali beli udang, hubby ku mesti mo minta masak ni.. huhuhu.. try la sumtin new kan.. asik-asik masak yg sama seja kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea