Laman

15 August 2011

Syukur Kerana Kau Ambil dia di bulan Ramadhan.

Celoteh Aku MamaGlam at 12:52 PM
Hari ni, MamaG tak berapa ada hati la naik buat apa-apa sangat. Tapi kerja tetap jalan. Ni pun buat entry selepas kerja dah selesai. Tray In dah KOSONG. Yippey!! Leh Relaks sampai tiba waktu balik. 

Masih terkesan lagi di hati mamaG bila dapat panggilan daripada Ayah mamaG semalam. Bila tengok henpon semalam ada 4 misscall dari Ayah mamaG. Fuh, ni misscall banyak-banyak ni selalunya ada menda la ni yang penting nak gtau tapi malas nak hantar sms, nak bercakpa live jugak nih.. 

Bila mamaG return call, Ayah mamaG bagitau yang Guru Ram baru saja meninggal dunia. Terkesima dan terpegun kejap mamaG. Orang yang banyak tabur jasa dalam hidup mamaG masa kecik-kecik dulu walaupun dia la the ONLY person yang mamaG paling gerun dan amat-amat takut masa kecik-kecik dulu.. Bila ingat balik pasal Arwah ni, memang terasa lagi kegerunan tuh..


Insya Allah, Tengah hari nih arwah akan dikebumikan. Umi dan Ayah mamaG dah pun pi ke rumah arwah. FYI, Arwah ni best fren Ayah mamaG dan jugak DAtuk Bong Mokhtar. Dan Arwah jugak la yang diberi tanggungjawap mengajar mamaG dan adik-adik serta sepupu-sepupu mamaG yang nakal itu pandai mengaji al-quran.


Arwah, walaupun nampak garang dan memang pun berkelakuan garang, tapi sebenarnya arwah sangat-sangat la baik. mamaG ingat lagi, masa kami belajar mengaji dengan arwah time kecik-kecik dulu. Arwah ni suka sangat bawa rotan kecil dia.. Fuh, rotan tu memang akan diingati sampai bila-bila.. Dah berapa kali dah tu hinggap kat tangan mamaG dek kerana salah baca tajwid dan lupa nak baca berlagu. Duh, memang perit. Tapi keperitan tu la yang buat mamaG dan yang lain-lain tu khatam cepat al-quran.

Kalau boleh, memang seboleh-bolehnya nak elak dariapda jumpa dia.. Huish, garang weh.. Takot!.. 


Ya Allah, rahmatilah roh Arwah dan tempatkan la beliau dengan orang-orang yang beriman. Moga arwah dilimpahi keberkatan mu sepertimana berkatnya bulan ramaadhan ini. Ya Allah dan beruntung Guru Ram kerana Kau ambil nyawanya di bulan yang penuh keberkatan.


Tak banyak yang mamaG boleh cerita pasal arwah, sebab mamaG bukannya selalu jumpa arwah. Tapi kalau jumpa dengan arwah, selalu saja kena buli. Duh.. hihihi..


Ok la, kita jumpa next entry ya.. 


Asslamualaikum..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea