Laman

08 August 2011

Sahur Zaman Bujang..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:55 AM
Cerita ni: 

Salam semua,

ALhamdulillah, sampai juga kita hari ke-8 Ramadhan kan.. Moga2 cukup dan lengkaplah puasa kita untuk Ramadhan tahun ni kan. Sahur apa tadi pagi? Hurm, i bet ni mesti yang best-best punya kan..

Bila cakap pasal sahur kan, teringat mamaG time belajar di kolej dulu. Tinggal bujang dengan kawan-kawan. Berdikari orang kata.. Tau ja la hidup seorang student ni, memang tidak menentu time makannya.. yang menentu cuma time main, gossip, shopping n jalan-jalan.. Hahaha..

Dulu, masa belajar, mamaG duduk menyewa apartment dengan 7 orang kawan gegurl yang lain.. Rumah kitorang memang la yang paling meriah dan jugak paling kecoh seantero apartment. Mulut tu diam bila masing-masing titon.. The best part is, rumah kitorang memang ‘muhibbah’ betul. Macam-macam negeri ada. MamaG dan sorang lagi kawan dr Sipitang orang sabah bangsa Brunei, Kawan-kawan mamaG yang pulak ada yang dari Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Kubu Bahru dan jugak Sarawak. Lain-lain course tapi duduk serumah.

Nah, korang dapat bayangkan tak keadaan rumah mamaG time tuh? Macam mana tak kecoh satu kampung, abis tu, dah yang duduk dalam tu pulak bercakap dengan bahasa masing-masing. Hah, hambik ko! Tapi masih lagi boleh difahami sebab kami guna  Bahasa Malaysia utk bcakap. Tapi kadang-kadang tu terlepas jugak.. tapi memang lucu gila nih bila masing-masing suda tersasul-sasul.

Okeh, part yang mamaG paling ingat n lucu ialah, mamaG sebilik ngan kawan mamaG sorang ni asal dari Johor. Dia ni orang bangsa Jawa. Dia punya Jawa memang la pekat. Cuba Bayangkan dia speaking inggeris tapi bunyi Jawa. Nah, Macam mana mamaG tak tergelak.. Hantam lar janji international katanya.. Kalau study dengan dia memang pening. Ko sebut lain dia faham lain. Macam mana tak ke lain bunyinya kalau mamaG sebut standard english, dia sebut english standard Jawa.. Haduiyai.. Tapi memang lucu la. Pastu kami gelak-gelak.

Ada satu lagi insiden ialah bila part sahur.. Adui, anak dara semua ni memang tak boleh nak harap bangun.. Kalau bangun pun,  tido balik.. Tula berjoli jer keja time siang, pastu makan buka posa memang tak hengant! Hihihi.. Okeh, nak ceritan ih. Dalam bongok-bongok n malas kami semua tu, kami buat jadual memasak okeh, weekday only.

Dan kami semua memang la suka kalau bab-bab main masak-masak nih. Setiap orang harus contribute masak for dinner, cuma time posa jer mengada-ngada menggedik malas nak masak. Time ni la baru teringat pada emak tersayang. Masing-masing membayangkan emak masing-masing “Kalaulah emak ada kat sini kan bagus…” ekekeke..

Part yang tak boley nak lupa, mamaG dan sorang kawan mamaG yang sememangnya kaki tidor macam mamaG, boleh pulak makan sambil tertidur.. Mata tutup, badan terhuyung hayang takda balancing, tangan dok menyuap nasi pelan-pelan kat mulut dan mulut pulak dok kunyah 100 rakaat dan slooooooooooooooooowwww… sampai la habis masuk waktu imsak.. Duh, parah.. so hari tu bersahur hanya dengan sesuap nasik.. hahhaha, hambik ko, tambah lagi kelas time tu memang fullpack. dari pagi ke petang..

Tapi tula kan, bila kita ingat-ingat balik time dulu-dulu kan, memang lucu kan. Malu rasanya, napa la perangai anak dara macam tu kan.. hihihhi.. Sib bek b4 kawen dah training tak nak tertidor time makan.

 

Ok la, panjang dah karangan mamaG untuk hari ni,.. len kali lagi mamaG mengarang lagi.. Carik idea dulu.. Sementara masa tengah terluang dan keja kat opis ni tak berapa nak banyak dan sibuk macam selalu..

Salam Ramadhan.. Jangan notti-notti, dan jangan sengaja ‘ter’ ‘ter’ okeh..

1 comment:

  1. wah, kenangan dgn housemate masa belajar dulu mmg siok... tapi bab sahur aku tiadala kenangan yg lucu bgtu sbb bila suda jauh dari mama, kami semua ok2 ja....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea