Laman

18 August 2011

Berangan je ko mamaG!

Celoteh Aku MamaGlam at 7:48 AM
Cerita ni: 

Selamat pagi dunia,

Sihat ker?. Amacam pagi korang? Ceria dan bersemangat nak pi kerja ker macam mamaG sampaikan anak kat sebelah  seat lupa nak antar rumah pengasuh, terbawak sekali nak ke opis.

image Okeh ni nak cerita pasal tadi pagi nih masa nak pi keja.. Wah, hari ni mamaG menerima (wah gitu kan) satu semangat pi kerja yang terlalu tinggi. Sebabnya terlebey awal siap nak pi keja. Hihihi..

Alkisah maka tersebut la kisah, pagi tadi mamaG dengan rian ria gumbira mendukung c Rayyan masuk ke kereta. Gumbira ria sebab langit masih gelap gulita lagi.. Dalam hati ni “wah, ari ni aku sampai awal, best best..”

So, mamaG pon start enjin keta, reverse pastu vroom keluar ke jalan highway sambil nyanyi-nyanyi gitu kan.. Tiba area nak U-turn tu mamaG nak ler amik henpon kat lam handbag, sekali mamaG terpandang c Rayyan kat seat penumpang sedang lena baiiik punya mimpi kan.. Wah, dalam hati ni kata “alalala, anak aku ni kiutnya dia titon..”..

Tak sampai 5 saat, mamaG terpegun jap, besar mata ni ha sambil terjerit sendiri dalam kereta “ Ya Allah!!! Rayyan ko buat apa kat lam kereta Umi nih?!!! La rupanya Umi belum anta Rayyan ek.. Duh, cepat! Cepat! U-turnnnnnn!!!!”… C Rayyan pulak elok jer dia bukak mata sikit tengok Umi dia kelam kabut tak tentu hala ni pastu titon balik. Penat sangat la tuh.. Tu la semalam titon lambat lagik.

Dalam hati ni membebel salahkan diri sendiri.. “Ha tula kan, orang kata jangan eksaited sangat, hah kan, punah harapan nak sampai awal kat opis”..

imageAt the end, mamaG sampai lewat seminit kat opis.. Duh!!! Cer bayangkan kalau dah nak sampai Putrajaya baru mamaG terperasan c Debab tu ada dalam kereta, hah tak ke naya aku.. Hahaaha.. Lawak betul lko ni mamaG.. Pepagi berangan lebey! Hahaha.. 

Ok la, biarla.. Tak sesabar mamaG nak tukar waktu kerja ni bulan depan.. Tak sanggup dah ni asik lewat seminit jer.. Asyik-asyik, ter ter jer..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea