Laman

29 August 2011

Sana Semut, Sini Semut, Mana mana Pon Semut! Grr..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:41 AM
Hadoila, ni nak tanya nih, kat tempat korang tak kisah la kat rumah ker, kat kereta ker kat luar rumah ker, Banyak dah semut?.. Berduyun-duyun tak dorang ni konvoi melawat tempat korang?.. Duh, memang pening nengok semut-semut ni la. Kalau banyak lagi la, macam geli ja tengoknya. 

Pastu, ni nak tanya lagi ni, semut korang minum air masak jugak ker macam semut kat rumah mamaG tuh? Bukan setakat air masak jer, tuh air panas kat dalam heater tu pon dikenduri oleh semut-semut nih. 

Sib bek la jumpa petua macam mana nak halau semut-semut nih. Jom kita terai sama-sama..

Menghalau Semut
  1. Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.
  2. Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
  3. Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu.
  4. Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.

Menghindarkan Semut di Pokok Bunga
Taburkan garam di sekitar pangkal pokok bunga untuk menghindarkan ia dari semut.



Menghindari Semut Di Teko
Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko tersebut kecuali bahagian muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea