Laman

10 August 2012

Risau... Moga Semuanya Baik Aja...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:42 PM
Salam semua, 
Wah, dr pagi tadik tak senang hati ni hah, risaukan adik mamaG yang sedang bertarung nyawa nak melahirkan baby hari ni. Ya Allah, Kau permudahkanlah prosesnya, Kau berikanlah dia kekuatan dan Kau anugerahkanlah dia dan bayinya kesihatan yang baik. 

Tadi pagi mamaG dapat panggilan telefon daripad adik lelaki mamaG katanya adik mamaG yg membuyung itew dah masuk spital sebab subuh tadi air ketuban dah pecah dah... MamaG pun apa lagi terus call mak mamaG, bertanyakan status mak mamaG sekarang kat mana. Oh, dah OTW nak ke Kota Kinabalu dah, alhamdulillah, insya ALlah tengah hari sampai. 

mamaG pun pi la menyibuk call adik mamaG tu, kut la kan belum bersalin lagi, masih boleh jawap telefon. Hurm, tak dapat bercakap pun dengan dia. Dapat bercakap dengan hubby dia jew. Ok la tu, boleh tanya khabar adik. Hurm nampaknya masih dalam bilik menunggu sebabnya bilik bersalin penuh. Aduh la, pesalla ramai pulak yang nak bersalin ari ni kan.. hahaha... Takpa, berkat hari Jumaat, penghulu segala hari. 

Tadi jam 11.30 mamaG call lagi, tanya khabar, masih lagi dalam bilik menunggu. 'Jalan' dah bukak 5cm. Alhamdulillah. Kira cepatlah juga tu pembukaan jalan keluar bayi. Moga-moga kedua-duanya selamat. Sekarang ni dah jam 12.40pm, waduh, takda berita lagi. Nebes eh.. 

Tetiba terasa macam ngilu sekejap rasanya bila teringat balik masa mamaG melalui proses bersalin kedua-dua anak mamaG tuh.. Memang tiada perkataan yang boleh menggambarkan apa yang dirasa dan dilalui. tetapi semua perasaan itu akan terasa berbaloi selepas zuriat kita ada disebelah dan selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna.. Apa yang di rasa semasa proses bersalin tu, akan hilang macam tu saja tatkala melihat si comel... 

Ya Allah, tak sabar nak jumpa, peluk cium anak sedara ku yg bakal lahir ni la.. Insya Allah... Bersua juga raya nanti, jika dipanjangkan umur.. 

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea