Laman

08 August 2012

Bersihkan Niat Hati Kita Ya..

Celoteh Aku MamaGlam at 12:07 PM
Cerita ni: 
 
Sakit hati? Dendam? Sakit hati takpa, tu perkara biasa tapi janganlah simpan dendam di hati. Itulah salah satu punca rosaknya dan gelapnya hati kita.. 
Apalah untungnya kita balas dendam kan. Puas hati sekejap jer, lepas tu?... Menjejaskan hubungan silaturahim. Kan Allah swt tak suka kita saling bermusuhan dan memutuskan silaturahim.. Selagi boleh dibincang dan dileraikan, apa salahnya berbaik walaupun orang itu pernah menyakitkan hati kita. Ingat lah, semua perkara yang kita lakukan atau kita rasa, semuanya bermula daripada hati. Dari hati itulah timbulnya niat. Dan daripada niat itulah muncullah tindakan. 

Jika baik hati kita, baik lah niat kita dan baik lah juga tindakan kita. Tapi kalau dah hati tu aura negative dan dah rosak gelap pula tu, makanya lahirlah niat yg tak baik, dan tindakan yang ditegah... 

Apa-apapun, kita ni kenalah sentiasa berfikiran positif. Jangan terlalu senang-senang menilai sesuatu dengan mata kasar kita dan mendengar dengan telinga kita ni tanpa fakta yang nyata dan benar. Tanpa mendengar sebarang penjelasan disebalik kejadian yang kita nampak atau yang kita dengar.  

Tau kenapa? Hah, 'menjawap' la korang kalau apa yang kita dengar tu atau lihat itu sebenarnya bukan la seperti yang kita dengar dan lihat, dan lepastu pulak pegi sebarkan atau ceritakan dengan orang lain. dan mereka pula percaya dan pergi pula menceritakan kepada orang lain. Kan itu dah jadi kategori fitnah dan mengaibkan, KALAU ianya tak benar dan hanya penilaian peribadi tanpa fakta/penjelasan sebenar disebalik kejadian.
Ingatlah dan cubalah amalkan, tiap perkara yang berlaku yangk ita dengar, 
lihat dan baca itu, cuba kita positifkan WALAUPUN  perkara tu memangnya perkara tidak baik dipandangan, penglihatan dan pendengaran kita. Mungkin ada penjelasan disebaliknya kenapa perkara tu terjadi. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang positif jew.. Yela, setan ni lagi suka kalau kita pikirkan yang negatif jew.. Nanti macam-macam la yang dibisik oleh setan yg bergayut kat telinga, mata dan mulut kita tuh.. 

Dan, yang paling paling paling penting kita kena jaga fizikal luar kita ialah MULUT. Fizikal dalaman pula, HATI kita.. Jaga kedua-dua ni, insya Allah, kita takkan ada masalah dengan manusia mahupun binatang di muka bumi ni. Kalau pun ada masalah juga dengan manusia, tu memang sahlah, bukan kita yang bermsalah dengan manusia tu, tetapi manusia tu yang ada masalah dengan kita. Mungkin dia mengidap penyakit HATI  yang sangat kronik. 
Puaslah kita ni berfikir dan fikir dan cuba renungkan, perjalanan hidup dan perlakuan kita terhadap manusia tu, "apa yang telah ku lakukan pada dia hingga dia memperlakukan aku?", " adakah apa-apa tindakn atau kata-kataku yang mengguris hati orang lain?" dan macam-macam lagi la persoalan. 

Bagi mamaG, takpa la kalau manusia lain ada masalah dgn mamaG asalkan mamaG tahu dan yakin yang mamaG takda mengguris sesiapa. Sebabnya mamaG suka bersikap diam dan bersabar jew apa manusia lain nak buat kat mamaG asalkan mamaG tak buat kat manusia lain. Sebab mamaG selalu cuba meletakkan diri mamaG ke tempat orang lain, "macam mana kalau orang lain buat/kata kat aku macam tu? Apa agaknya aku rasa ek?".. 

So, memandangkan tak nak rasa apa org lain rasa sakit hati or watsoever perasaan pun, so, mamaG seboleh-bolehnya taknak buat kat orang perkara yamgmamaG tak suka orang buat kat mamaG. Imbalan yang fair enuf la kan.. Lagi satu, berfikiran terbuka dan positif la sentiasa dengan manusia-manusia yang berpenyakit hati yg kronik ni. Memang sakit hati jumpa manusia-manusia berpenyakit hati yang kronik ni tapi, cuba walaupun susah, untuk positifkan fikiran kita. Bukan apa, kalau teru-terus ikutkan hati yang sakit tuh, insya Allah, lelama kita pun akan mengidap penyakit hati dan mulut yang kronik macam manusia-manusia tersebutttt..... Nak tak?.. Nauzubillah, tak nak la kan..

So, memandangkan mamaG ni dah macam melalut-lalut karangannya, dulu time skool tadak pula rajin mengarang cenggini panjang kan, yang ni boleh pulak ek.. hahhahaha.. ish ish ish... so, mamaG rasa sampai sini je la dulu yer, ni mamaG rasa macam sikit je lagi ni nak kuar tajuk.. hahahha, macam tak biasa ek.. ok la, selamat berpuasa semua ya...

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea