Laman

09 August 2012

1Malaysia Thru Sabahans Live.

Celoteh Aku MamaGlam at 12:56 PM
Cerita ni: 
Terjumpa artikel ni kat facebook. terasa nak share pendapat org nih.. Memandangkan Negeri Sabah sekarang ni menjadi tumpuan media maya/blog/website. Dihentam macam-macam dan kadang-kadang sampai tahap menghina negeri Sabah dan orang-orang peribumi Sabah sendiri, which is makes me sad to hear n see it. Y dis happen? Kenapa ada sifat dan statement perkauman? Kenapa menghina Negeri Sabah? Teruk sangat ker SAbah ni? Mundur sangat ker Sabah tu? Jijik sangat Ke Negeri Sabah sampai ada yang taksanggup nak duduk di Sabah?

Setahu mamaG la, selama mamaG pernah berjumpa dan berkenalan dengan orang-orang Semenanjung yang berpindah atau bekerja di Sabah, rata-ratanya tak nak balik pun ke Negeri asal, kalau boleh. Sebabnya, diorang hidup di Sabah jadi serba mewah. Pakai kereta pun yang besar2, 4x4 lagi. Malah ada yang mengaku, hidup di Sabah, hanya dengan guna duit elaun jew, gaji pokok boleh simpan. Mula-mula kene transfer je, dorang2 ni tak suka duduk Sabah, Sebabnya secara mentalitinya sudah disogokkan dengan macam-macam cerita yang tak baik pasal Sabah. SO, takut la nak duduk  Sabah kan.. Tapi, bila dah biasa, e'eh, jadi tanak balik pula ada lah, Siap kawin dengan orang Sabah lagi..

Lagi satu yang mamaG kesalkan, Orang Peninsular (bukan semua, thank God) ni suka sangat samakan orang-orang sama dengan orang-orang Indonesia. Hanya sebab tutur loghat yang hampir sama ka? Di Sabah juga kami orang Sabah memang tidak menyenangi orang-orang Indonesia, sama seperti kalian semua. Memang kesianlah, kalau orang-orang Sabah datang ke Peninsular ni, dilayan kadang-kadang tu macam pendatang/strangers. Padahal Sabahan juga adalah Malaysia, sama macam kalian. Tanpa sabah dan sarawak, tak wujudlah Malaysia. Sebab Malaysia adalah gabungan Sabah, Sarawak dan Peninsular. Tetapi, Sabah dan ASrawak a.k.a. Borneo ni, selalu akur dengan pentadbiran yg berpusat di Peninsular. Hasil bumi dikumpul sama-sama, tetapi, pembangunan, hanya sedikit diberikan kepada Borneo. Demi pemangunan di Peninsular. Tetapi, rasanya jarang orang-orang Borneo ni bersuara menuntut hak samarata dari segi pembangunan.

Orang Peninsular yang datang ke Sabah (i believe Sarawak do the same too), pasti akan dilayan mesra tanpa mengira pangkat or bangsa apa pun, sebab itulah budaya dan sikap orang-orang Sabah. Selagi tidak menimbulkan kemarahan or sensitiviti, selagi itu, layan baik pasti akan diterima.

MamaG bukannya nak menimbulkan soal perkauman atau kebencian antara Borneo dan Peninsular, tetapi untuk meluahkan apa yang mamaG nampak dan alami sendiri. Dan ini pendapat mamaG. MamaG bekerja di Peninsular, berjumpa setiap hari dengan orang Peninsular, keliling mamaG orang Peninsular, sampaikan cakap pun sama macam orang Peninsular sebab taknak bercakap berulang-ulang since i am not a recorder (hihihihi)... Bagi mamaG, orang-orang Peninsular ni baik-baik semuanya, cuma ada sedikit macam skeptikal terhadap sesuatu kaum, dat's a typical mind set of orang Melayu di sini. Ini based on apa yang mamaG nampak lah.. Kalau salah, i am so sorry.

Sebab di sini ada 3 bangsa majoriti, dan setiap bangsa tu ada ideologi dan mind set masing-masing terhadap sesuatu kaum. So, mungkin itu la juga yang cuba di bawa bila melibatkan Borneo. Berbanding dengan Sabah, terlalu banyak bangsa etnik, tetapi boleh hidup harmony saling menghormati bangsa lain dan saling membantu memajukan bangsa sendiri dan bangsa lain. Tak kira la kau Cina ka India ka Melayu ka apa saja bangsa, jika mereka merasa kau sentiasa menyumbangkan sesuatu kepada mereka, sentiasa baik bagi mereka, sentiasa saling menghormati, mereka akan sentiasa sudi membantu apa saja keperluanmu dengan hati yang terbuka. Dan mereka ni terlalu peramah sesama bangsa sendiri dan bangsa orang lain.. Tak pelik ker, macam mana orang Borneo boleh hidup harmoni dan masih boleh mengekalkan budaya dan adat nenek moyang masing2? Tak pernah ker terfikir apa kunci sebenar keharmonian Borneo tu?

MamaG terusterang bagitahu, mamaG memanglah tak suka dengna segelintir orang-orang Peninsular yang suka saling menjatuhkan bangsa sendiri demi kepentingan sendiri. Sebab tu, Peninsular maju membangun tetapi milik siapa? Bangsa apa? Majoriti ker minoriti? In d end, bangsa sendiri saling berkelahi.

Tak kisah la apa orang nak kutuk Negeri Sabah tu negeri pengotor ker, mundur ker, tiada pembangunan ke, pakai cawat ker, watsoever ker, tapi mamaG tetap berbangga jadi anak jati negeri Sabah. Suasana hidup di Sabah, walaupun susah, serba kurang, tetapi keharmonian dan keamanan tu sentiasa ada. Apa-apa pun, jangan laungkan 1Malaysia kalau belum bersedia menerima Borneo sebagai Rakyat Malaysia.

Dan kepada sesiapa sahaja yang cuba untuk menimbulkan isu perkauman dan cuba memcahbelahkan keamanan dan keharmonian di antara Peninsular dan Malaysia, harap-harap berhentilah. Dan cuba letakkan diri anda, jika ianya berlaku kepada diri anda, apa anda akan rasa. Dan muhasabah balik, inikha yang anda benar-benar mahu terjadi? dan apa sebenar-benarnya yang anda mahukan? Betulkah ini tindakan yang betul-betul baiktanpa menjejaskan keharmonian dan keamanan Malaysia itu sendiri?...

Jika bencikan Malaysia, silaha berpindah ke negara lain yang lebih baik bagi anda, tetapi jangan pecah belahkan perpaduan yang sedia ada dari zaman nenek moyang kami hingga sekarang.. Tak kisah la orang Peninsular ke orang Sabah ker orang Sarawak ker, we all are Malaysia. And owez proud to be Malaysian. (unless u tukar kewarganegaraan negara lain la, hahah)...

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea