Laman

09 August 2012

Banyak Cakap vs Banyak Gelak = Banyak Nangis???

Celoteh Aku MamaGlam at 9:35 AM
Kalau tengokkan pic di atas, kata-kata tu sebenarnya ada benarnya... memang betul pun.. Bagi orang yang terlalu banyak kesedihan atau keperitan dalam hidupnya akan cuba sedaya upaya untuk menggembirakan hatinya supaya dia boleh menghadapi hari-harinya dengan lebih tabah dan cuba melupakan apa jua suka duka yang pernah di hadapi.

Kalau boleh, apa saja perkara atau cerita-cerita sedih, pasti akan cuba dielak utk didengar atau dilihat. Takut hatinya aka ntersentuh, dan akan terbawa-bawa semula perasaan sedih itu. Maka hari-harinya pasti akan rasa sugul, muram dan sedih. Serba tak kena. Spoil jer mood tu kan.. So, salah satu cara untuk happykan hati yang lara selain daripada mendekatkan diri dengan yang Maha Esa ialah, dengan banyak bercakap dan ketawa. Tak kisah la, kongsi cerita lawak ker, buat lawak ke, tengok lawak ker, wat ever la.. asalkan hati ini gembira.

Sekurang-kurangnya, kita masih mampu ketawa, happy dan senyum dari hati yang gembira. Cuba korang senyum tapi hati tu tengah sedih, korang rasa macam mana rupa senyum korang tuh? Manis tak? Nampak ikhlas tak? Nampak happy tak? opkos la tak kan.. Senyum dan ketawa yang lahirnya dari hati berbeza tau... Senyum time sedih, lain. Senyum time marah, lain. Senyum time happy lagi lain...

Biasanya orang menangis dalam diam ni, orangnya tabah. Dan jarang nak kongsi kesedihan hidup dia dengan orang lain. Sebab tak nak simpati dari orang tu.. Dan lagi satu, biasanya orang yang macam ni (dalam pic tu), dapat rasa kegembiraan bila dia dapat membuat orang lain atau sekelilingnya gembira, tersenyum dan tertawa. Kalau boleh tak nak tengok orang sekelilingya bermuram atau bersedih..

Bukan hendak lari daripada kesedihan atau masalah dihadapi tetapi nak melapangkan hati dan mengelakkan diri daripada terus terbawa-bawa dengan perasaan sedih dan muram yang boleh menjejaskan mood dan tingkah lakunya. Lagipun, jika hati dah tenang, gembira dan boleh senyum, barulah kita dapat menghadapi hari-hari kita dengan penuh yakin dan bersemangat. Yang penting, kita kena la juga Yakin yang apa saja perasaan kita ketika itu, apa saja kejadian yang menimpa itu adalah ujian dan ketentuan Ilahi dan ada hikmah disebaliknya.

Jadi, layankan je la orang yang banyak cakap dan ketawa ni. Tapi jangan layan orang yang cakap banyak KEBURUKAN/KEAIBAN/FITNAH orang dan banyak ketawa pasal KELEMAHAN/KEKURANGAN/KEBODOHAN orang lain. Biarlah kita layan orang-orang yang banyak bercakap pasal sesuatu yang juga boleh memanfaatkan dan beri pengetahuan dan tauladan kepada kita, sesuatu yang kita boleh pelajari dan amalkan, dan yang banyak ketawa sekadar untuk menghiburkan hati kita seketika untuk merehatkan diri tanpa mengusik sensitiviti sesiapapun dan apapun.

P/S: mamaG tergolong dalam golongan orang-orangi ni.. Allah s.w.t Maha Mengetahui disebalik setiap senyuman dan gelak tawa. Terima kasih Ya Allah Ya Raab, kerana sudi menjadi pendengar setia.. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar...

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea