Laman

17 April 2012

Resipi cipta syok sendiri: Kentang Sumbat Chezzy.

Celoteh Aku MamaGlam at 11:21 AM

Wah, walaupun penat wat kek bufday dan cupkek untuk Irfan semalam, dalam penat2 uruskan rumah n kids dan tak cukup tido, mamaG tetiba dapat idea nak cipta resipi. Bagus tullah dapat ilham time2 penat n ngantok. Tapi memang berbaloi and damn so yummylicious. U guys out there shud try it (buat sendiri la owkeh!)

Time kemas-kemas dapur, tetiba nampak banyak tul ubi kentang ni. Echik Asben suka tul beli ubi kentang senyap2 pastu tak tau nak buat apa. Hurmm sabar jewla kan. Daripada ubi tu tumbuh tunah baru nak berbuah sendiri kat raga sayur kering, baiklah i do something yg blh dimakan for dinner nnt.

Buka peti ais, hurmmm... Nampak keju, sosej, sayur lobak, sos keju mcm kat kfc tu, telur.. hurmmm... "blink!!" Tetiba lampu kat atas kepala nyala.

Ha nampak sedap kan kalau tengok kat pic tu kan. Hah memang sangat sedap ko! MamaG dapat two thumbs up owkeh dr enchik suami dan kids. Siap request nak lagi. Lagipun sesuai jg utk jadikan snek time minum petang kew, time tgk tivi kew. Ok mamaG gtau camna nak masak. Ni memang tadak tengok or tiru mana2 blog or website resipi okeh. Ni memang fresh dr ladang punya owkeh. Sekali dia blink terus jew buat. Wallah, menjadi n sedap gilerrr. Maha Suci Allah yg bagi mamaG ilham untuk kenyangkan 3 hero mamaG n me too. Hepi jew makan.

Owkeh dah termengarut panjang dahni, kang ada yg marah la tak sabar sabar nak tau macam mana nak buat. Owkeh la laling-laling ku. Bahannya:

Ubi kentang
Telur
Sosej
Keju
Sos keju
Butter
Garam
Sayuran (mamaG pakai kobis, brokoli, lobak merah) - ni ikut suka la nk sayur apa pun yg korang suka.

Mula-mula tu amik la kentang bulat, kulit xyah nak kupas lu (tp kalau nk kupas terus pun boleh) pastu belah dua then rebus camtu jew. Jumlah kentang terpulang sukati korang la.
Dah rebus agak2 masak tu, toskan pastu kupas kulitnya.

Korek tengah2 kentang, penyekkan sampai jd macam whipped potato kat kfc tu. simpan kat mangkuk lain.

Amik sayuran dan sosej, potong dadu halus. Supaya budak2 senang nak makan. Terutama bg kids yg memilih mknn or xsuka sayur. Lagi halus lg bgs, xda alasan kids nak asingkan syur kan.

Lepas tu, panaskan butter, tumiskan sayuran, sosej, and apa2 saja la bahan ikut sukati korang. Agak-agak masak letakkan garam secukup rasa. Masukkan keju. Gaul lagi sampai serasi. Pastu masukkan kentang yg dah dilenyek tadi. Gaulkan sampai sebati dan nampak macam begedil yg ready nak d masak.

Amik kentang rebus yang dah d korek di tengahnya. Sumbatkan tumisan kentang tadi kat tengah-tengah kentang rebus berlubang tu. Dah siap sumbat semua kentang tu, pukul putih telur. Celupkan kentang sumbat tadi ke dalam putih telur dan goreng. Sila goreng ala ala bergedil yew. Sebabnya kentang tu kan dah masak. So agak-agak dah garing or keemasan bolehlah di angkat, toskan minyak.

Hidang d pinggan dan letakkan sos keju d atas kentang macam kat gambar tu.

Resipi ni juga boleh di bakar dalam oven, lagi sedap dan rangup. Cuma tak perlu celopkan putih telur. Cukup sekadar sapukan putih telur di bahagian atas kentang sumbat tu. Dan bakar d oven.

So yummylicious owkeh. My kids yg pemilih makanan dan xsuka sayur tu, sangat sukakan dish ni. Makan without nasi lagi sambil tgk katun. Their lovr it!

So apa lagi korang, give it a try la, tgk respon. Mesti korang senyum lebar dan puas hati punya la. Guaranteed... So enjoyed!





0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea