Laman

09 April 2012

Kena Tindih Hantu Time Tido?

Celoteh Aku MamaGlam at 4:24 PM
Cerita ni: 
Owkeh, korang pernah tak kena tindih hantu kononnya time tido? Ala selalu mamaG dengar ni pengalaman budak-budak sekolah, terutamanya yang sekolah berasrama penuh. Betul tak betul tak? Sila angkat tangan... huhuhuhu...

Alhamdulillah, setakat ni mamaG belum pernah alami lagi la dan kalau boleh tak mau la rasa macam mana orang lain rasa yang kononnya kena tindih hantu time tido ni. Tapikan persoalannya sekarang ni, betul ke ada hantu tindih yang suka sangat nak menindih orang time tido ni? Apa hantu tu tadak keja lain dah ke nak buat sampai nak tindih-tindih orang ni? Wah soaklan bajet, pandai ni hah, hahahah.. (Nauzubillah, jauhkan la aku dari bala hantu tindih kononnya ni kan).. 


Kadang tu percaya jugak tuh cerita org-org yg penah kenah tindih nih, kesian jew. Terfikir mamaG, macam mana la kalau kena kat mamaG kan. Habis la.. Tak tau nak buat apa. Tapikan, mamaG ada terbaca artikel kat satu blog ni, dia cerita pasal kes hantu tindih ni la (tu yang ada idea wat entri ni). Pasal hantu tindih ni, sebenarnya tak berapa benar, tu kira tahyul la. Ye la hantu kan mana ada jisim, macam mana pulak la dia nam menghimpit orang kan (hurmm, betul jugak tuh).. Tapi kalau dalam kajian saintifik, kes-kes macam nih dipanggil "Sleep Paralysis". 


Dapat jew, perkataan saintifik tu, mamaG pon apa lagi pi la rujuk ngan Wiki. maka jumpa la maksud penyakit ataupun sindrom tersebut. Lepas dah translate dalam Bahasa Malaysia, "Sleep Paralysis" nama glamer melayunya ialah "Kelumpuhan Tidur"..  

Maksudnya = 
"Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.

Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar, selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas."

Memandangkan, bila mamaG baca istilah maksud sindrom Kelumpuhan tidur tu, banyak sangat ayat-ayat pelik yang saintifik dan dibaca pulak oleh orang yang tak berapa nak saintifik, makanya, mamaG bagi je la korang link untuk korang baca sendiri dan korang cuba fahamkan sendiri. Bukannya mamaG tanak ulas apa maksud sebenar sindrom itu, tetapi, kalau mamaG ulas, mau lapar balik perut mamaG ni hah, tak paham-paham jugak kan. So, untuk maklumat lanjut (wah ayat dah macam dalam iklan la pulok!) sila la rujuk link Sleep Paralysis a.k.a Kelumpuhan Tidur ini.

Okies, lepas baca artikel pasal sindrom ni, kurang la sikit panic takut kena sindrom nih. Tapi atleast we know that it's nothing to do wif the hantu- hantu kat luar tu kan. So, tak payah nak menggedik nak seram-seram bagai, owkeh.. huhuhuhu.. Sama-sama la kita mohon perlindungan daripada Allah swt supaya perkara yg tidak baik dijauhi dr kita dan sentiada diberikan perlindungan. Daaaannn, paling penting, sila baca amik wudhu', baca doa, ayat 3 qul sbelum tidur. Insya Allah, kita dah buat apa yang sepatutnya untuk melindungi diri sebelum tidur, maka kita berserah dan bertawakal la kepada Yang Maha Esa. Aminn...

p/s: wahhh, entri kejap ala prof, kejap ala ustajah gitu.. hambik ko! huhuhuhu
 

2 comments:

  1. Orang yang tak percaya jin dan tak pernah alami mmg la come out with the term sleep paralys bagai.

    Ntah. Sebab saya banyak kali sangat dah kena, saya xleh terima orang cakap disebabkan saya penat....which... Im not.

    Kalau badan bergoyang2 masa kene tindih? Lagi kuat nak jerit Allahuakhbar! Lagi kuat die tindih...?

    Kenapa masa saya tidur mengiring pon pernah kene? Mcm kene tarik dr belakang. Kalau tak lawan agaknya dah jatuh katel.

    Ntah la. Nak kaji dari segi supernatural daripada scientific ni. Orang puteh mane nak caya alam ghaib ni kan.... Terima kasih lah mamaG.

    ReplyDelete
  2. Orang yang tak percaya jin dan tak pernah alami mmg la come out with the term sleep paralys bagai.

    Ntah. Sebab saya banyak kali sangat dah kena, saya xleh terima orang cakap disebabkan saya penat....which... Im not.

    Kalau badan bergoyang2 masa kene tindih? Lagi kuat nak jerit Allahuakhbar! Lagi kuat die tindih...?

    Kenapa masa saya tidur mengiring pon pernah kene? Mcm kene tarik dr belakang. Kalau tak lawan agaknya dah jatuh katel.

    Ntah la. Nak kaji dari segi supernatural daripada scientific ni. Orang puteh mane nak caya alam ghaib ni kan.... Terima kasih lah mamaG.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea