Laman

23 February 2012

Aku Suka...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:25 PM
Cerita ni: 
Tadi dapat panggilan dari Enchik Asben. Macam biasalah call untuk tanya khabar. Dalam sehari mesti akan call tanya khabar. Sibuk macam mana pun, pasti akan call. Katanya saja nak tau khabar wife dia. Ok ker K.O. Bz ke tak bz ke membizikan diri. Dan erti kata lain pula, sambil membuat spot check la wife dia tengah wat apa dan kat mana. Sebab soalan dia, mesti "Sayang, apa khabar?" " Sayang sihat ker?"  " Sayang buat apa tu? Bizi ker?" "Sayang dah makan ka belum?" "Sayang kat mana tu?" "Sayang balik awal ker balik lambat?" 

Hah, tu je la soalan dia hari-hari kalau telefon. Tapi mamaG tak kisah pun, tu tandanya dia ingat kat mamaG kan. Kadang-kadang tu dia call kejap jer tak sampai lima minit. Katanya saja-saja call nak dengar suara mamaG. Alahaiiiiii, so sweettt.. Sayang dia tau.. 

Kadang-kadang tu jadik rindu pulak kalau dia tiba-tiba kena outstation ataupun bizi sesangat, sebabnya dia kadang lupa nak call mamaG. Kalau call pun time tu mamaG dah on the way balik rumah dah. Dan bila dah macam tu soalan dia cuma " Sayang kat mana dah? Dah nak sampai rumah ker? Ok lah, bye." 

Satu lagi yang mamaG suka tentang Encik Asben mamaG ni kan, dia suka sangat bermuzakarah dengan mamaG dalam apa hal sekali pun. Nak beli susu anak pun muzakarah juga tau. Mungkin bagi orang lain, perkara macam tu remeh temeh je, tapi bagi mamaG dan enchik Asben, perkara-perkara macam tu harus. Sebabnya, kami mengamalkan dasar bermuzakarah dan capai persetujuan bersama dalam segala hal (wah gitu, ko hade? hahah)... 

Tiap apa pun yang nak dibuat yang melibatkan keluarga atau diri sendiri mesti nak bawa bincang. Baru la rasa tak dipinggirkan dan rasa penting je dalam hidup dia. Apa-apa pun mesti kita dibawa bincang. Kita kan isteri dia. Kita kena la tau semua walaupun tak buat semua. Bila kita selalu amalkan macam tu, kita kan jadi sangat rapat, mesra dan tiada perkara tersembunyi untuk kita kecil hati. 

So, kepada Enchik Asbenku, "Aku amat mencintaimu dan akan terus menyayangimu sehingga nafasku yang terakhir selagi jodoh kita dikekalkan". (Wah ni kalau enchik Asben baca ni, konfom kata mamaG buat tebiat, buat ayat jiwang tetiba nih. Ni diluar tabii mamaG ni, hahahaha)..    

2 comments:

  1. Aku pula malu2 kucing baca ni hahaaha..

    Yeay, dpt buka sdh blog mamaG! :))

    ReplyDelete
  2. hahahaha, yaka. nah tahniah n tQ sebab berjaya juga ko bukak blog aku. Ni mesti d henpon ni kan.

    Bah, malu2 kucing ka, malu2 mcm kucing?.. hhahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea