Laman

28 June 2012

Jeles Positif vs Jeles Negatif vs Jeles but naaaa

Celoteh Aku MamaGlam at 4:22 PM
Cerita ni: 

Salam semua.

Wah tajuk bukan main lagi kan. Lama dah menyimpan hasrat nak tulis entry pasal ni. Tapi asik x sempat seja. Ada ja halangan (ceh, alasan!). Insya Allah, kali ni dapat post entry tajuk pasal jeles.

Owkeh, ni nak tanya sikit ni, sapa antara korang semua kat luar sana tu yang pernah jeles dengan seseorang? Ha, jangan malu-malu nak ngaku okeh. Tak rugi pon. Dalam dunia ni, selagi dia bergelar manusia, perasaan jeles a.k.a cemburu tu pasti ada. Tak kira la jeles pasal apa pun dan dengan siapa pun. Adik beradik, kawan-kawan, sedara mara, jiran tetangga or orang yang kita tak kena, or tak kenal kita pun kadang kita boleh jeles jugak. Hah kenapa tu ek? Kenapa tu, sila la jawap sendiri yek. Lagipun, Allah itu Maha Mengetahui.

ni nak tanya jugak ni, korang ni cemburu jenis cemburu yang macam mana ya? Yela, yang positif ke yang negatif? Ish ish ish... Korang kena tau jenis cemburu korang tau. Barulah kita boleh mengawal diri dan tingka laku kita supaya tidak ter-over re-act pulak nanti. Lagipun, al maklumlah, Enchek Setan suka bab-bab cemburu ni.

Owkeh, menurut telaah dan kajian peribadi mamaG la kan, cemburu tu ada baiknya kalau jenis cemburu positif. Hah macam mana tu ek? Owkeh, salu kalau korang cemburu dengan seseorang kan, contohnya kawan korang la. Owkeh mamaG bagi contoh la kan. Kawan korang tu pandai dalam serba serbi, selalu jadi bahan rujukan. Korang pula jeles. Dalam hati tu berdetak detik hah kata "pandainya dia. Apa org tanya dia tau je jawap. Kan bagus kalau aku pun pandai macam tu..." hah apa korang akan buat kalau hati korang tetiba je berkata-kata macam tu? Owkeh, kalau jenis cemburu positif, korang pasti akan cuba nak jadi macam si Kawan tu kan. Pandai, tau macam-macam. Caranya, dekati si Kawan tu, pelajari apa yg dipelajarinya, cuba usha-usha macam mana dan dari mana dia dapat ilmu pengetahuan macam tu. kena rajin la sikit. Ubah la diri dan rutin kita sikit.

Kata nak pandai kan, so buat apa yang orang pandai buat. Kalau kita cemburu kawan kita tu cantik jer. Cuba buat setakat yang kita mampu ikut apa orang cantik buat. Kita ni kadang kan, tak perlu sijil diploma ka degree ka utk jd pandai bebenor. Sijil-sijil tu semua hanya sebagai satu bonus utk kita capai kejayaan. Sebagai dokumen sokongan utk kemajuan kerjaya kita. Yang penting kita ni rajin la cari inisiatif diri sendiri utk memajukan diri macam orang lain yang kita cemburu.

Jangan terlalu selesa dengan pencapaian diri atau keadaan diri sekarang. Jangan pernah berhenti untuk memajukan diri. MamaG istilahkan 'Upgrading selfskill'...cuba melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Baru la merasa kepuasan diri sebenar. Mencabar diri sendiri dengan sesuatu. Yang penting juga sentiasa berkarya dalam hidup, kreatif in everyway. Being different is not a sin. But a color of ur life n u live with it proudly.

Jadikan orang yang kita cemburu itu sebagai satu motivasi untuk majukan lagi diri sendiri. Kalau tak dapat jadi bagus macam orang tu, atleast jadi lebih bagus daripada orang tu. Pandanglah sekeliling kita dengan pandangan yang serba positif. Pasti akan ada saja pengalaman baru dalam hidup korang yang korang tidak pernah jangka akan hadir.

Oh ya, sila la jangan kata, tunggu ada minat baru la nak melakukan sesuatu. Minat boleh dipupuk. Tapi kalau diri sendiri tidak memulakan dulu, macam mana minat tu boleh timbul dan bOleh dipupuk? Hah jawap ko Jemah.. Ahaks... Dulu mamaG pon salu kata, nak buat sesuatu kena ada minat. Takda minat, tak beh nak buat. Tau tak, minat yang dipupuk adalah skill, dan minat semulajadi adalah anugerah. Y not we have it both? Tak rugi pon, malah bonus dalam diri. (padahal diri sendiri baru sedar diri owh)

owkeh, tu pasal jeles yang positif. Motivasi dan persaingan sihat. Macam mana pula dengan jeles negatif? Hah berapa ramai korang kat luar tu yang suka bebenor jeles negatif ni. Hah mana c Jemah, Bedah, Joayh ni? Jawap laaa.. Tau tak apa tu jeles negatif ni? Hah ni golongan orang-orang yang cemburu sampai tahap hasaddengki, dendam, tak bley tgk org lebey sikit dari dia. Impaknya, maka ramailah yang bermuka manis talam dua mula mulut puaka. Hah lebih kurang macam tu.

MamaG bagi contoh kan, macam tadi juga. Bila c kawan tu pandai serba serbi, jadi rujukan, mula la hati dia dag dig dug gitu kan, berkata-kata dalam hati kan. Ayat sama gak macam tadi. Tapi malangnya, tindakan tak sama. Perasaan dan tindakan tidak positif. Malah, dalam hati tu mengata Ya Rabbi, dalam fikiran tu merangka strategi baik punya macam mana nak menjatuhkan si kawan tadi tu yang pandai tu supaya dia dibenci, tidak disukai dan tidak lagi menjadi bahan rujukan.

Ni juga kategori golongan orang yang cemburu tahap kritikal jugak nisebabnya hati dia tak pernah tenang melihat kelebihan orang lain. Ni kira macam terjangkit penyakit hati yNg kronik la ni.

Bukannya berfikiran positif, tidak terfikir macam mana nak jadi pandai macam si kawan, macam mana nak motivate diri utk bersaing jadi lebih baik, tiada value added org bilang. Orang mCam ni juga tidak jujur dalam perhubungan dengan sesama manusia. Sebab dalam hati dan jiwa suda gelap dilitupi dengan perasaan hasad dengki, cemburu, iri hati, prasangka buruk, sakit hati, tidak puas hati, hati yang tidak tenang dan macam-macam lagi.

Nasihat mamaG orang macam ni harus dijauhi. Bukan dibenci atau dipulaukan tetapi cukup sekadar kita berkawan biasa tidak lebih dari itu. Ini kerana, jika kita rapat dengan orang jenis cemburu negatif ni, akan membahayakan kesihAtan emosi,mental, kerjaya, kehidupan peribadi dan perhubungan sesama insan. Bukan apa, orang macam ni akan cubA menghiburkan atau memuaskan hati mereka dengan melihat org sekeliling or c kawan yg dia 'kagumi' itu jatuh tersungkur or paling tidak pun tidak disukai org ramai....

Kadang-kadang tu kesian bila jumpa atau kenal dengan orang yg berperwatakan or berperasaan begini... Pasti hidupnya tidak pernah bahagia or senang hati. Orang macam ni juga kadang-kadang ada juga yg tidak berwawasan tinggi or KPI dalam hidup dia. Wah dah main KPI-KPI pulak dah mamaG ni.. Tp memang betul. Org macam ni ada juga la KPI dia tp KPI dia yang negatif jew. Mencapai KPI. Dengan cara negatif juga. Tapi tu la,hakikatnya manusia kan, tidak semuanya perfecto! Tapi itu juga bukan alasan utk kita terus leka dgn perasaan dan fikiran yang negatif.

Bak kata kawan mamaG time belaja tu, "have a good heart, dts important!" memang betul katanya. Tiap apa yang kita nak buat or fikirkan, semuanya daripada hati juga. Bersih hati kita, baik niat kita, insya Allah terbaiklah kelakuan dan pemikiran kita nanti. Tapi dah kalau mempunyai hati yg penuh dgn keburukan, niat yang tidak baik, prasangka buruk,suka berkata dalam hati yg tidak baik, org kata hati dah gelap,... Insya Allah juga perilaku dan pemikiran akan sama buruk dan gelap macam hatinya. Tak kira la, macam mana dia cuba untuk berpura-pura baik, tunjuk bagus di depan orang, padahal dibelakang,... Astaghfirullah, Allah itu Maha Mengetahui. Allah swt pasti akan bukakan atau tunjukkan juga siapa diri sebenar orang itu. Sama ada bersih ataupun gelap hitam...

Kalau kita sentiasa bersangka baik, niat kita sentiasa lurus,.. Ikhlas tak payah dipertikaikan, sebab hanya Allah swt saja yang layak menilai keikhlasan hamba-Nya...insya Allah, berkat hidup kita, tenang hati dan jiwa kita, murah lagi rezeki kita...

Ok la anak-anak semua, dah panjang dah ni ceramah hari ini. Tak salah cemburukan sesuatu or seseorang tetapi biarlah cemburu kita itu memberi manfaat dan motivasi kepada kita untuk terus memajukan diri. Biar ada value added dalam diri.... Sentiasa... Selagi hidup, selagi mampu, selagi itu kita kenalah rajin mempelbagaikan value added diri sendiri. Belajar sesuatu yang baru, alami pengalaman baru, keluar daripada comfort zone masing2. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu dalam diri kita yg kita boleh banggakan dan orang boleh percayakan dan harapkan.

Kan bagus rasanya kalau kita dihormati dan menjadi idol kerana kepandaian kita, kemahiran kita, kreativiti kita, peranan atau sumbangan kita kepada orang lain. Dan semua itu boleh dicapai tanpa sijil U pun. Yang ada sijil U tu, itu satu bonus dalam value added diri dia.

Lagi satu, gunakan kelemahan diri kita sebagai motivasi diri untuk lg maju dan berjaya. Kelemahan adalah medium peluang kita untuk terus belajar dan memperbaiki diri. Sebab itu, semua manusia di bumi ni ada kelemahan. Supaya, kita sedar, biar sehebat mana pun kita, tetap juga ada kelemahannya. Jadi silalah jangan terlalu sombong dan bangga gile dengan org yang tak berapa nak berjaya atau hebat, owkeh.

OK la, sampai sini saja la. Kita jumpa lagi on next session.

MamaG: rasanya macam makin lama makin jauh menyimpang dari tajuk la pula. Tapi xpa la, korang pasti dapat point mamaG kan kan kan (please please please say 'yes')....

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea