Laman

18 June 2012

Abang Irfan Demam Lagi

Celoteh Aku MamaGlam at 12:23 PM
Cerita ni: 

Sejak malam hari Sabtu abang Irfan dah start nak demam. Tapi alhamdulillah, masih aktif macam biasa. Kira tak la merisaukan Umi ngan Yayah. Pastu hari Ahad petang masa abang Irfan ngan adik Rayyan Ikut Yayah amik Umi kat kelas menjahit, abang Irfan dah start demam panas sangat. Sampaikan abang Irfan dah tak larat nak jalan dah, Umi tengok. Asik nak tido jew. Makan pon tak berapa nak selera.

Umi terpaksa cuti untuk jaga abang Irfan. Tambah pula time ni abang Irfan demam sekali kene ulser mulut. Sebab badan terlalu panas tu yang kena ulser mulut tu. sian abang Irfan kan. Tido tak lena, makan pun tak lalu. Bukan sebab tadak selera tapi sebab sakit bial nak makan ke tido sebab ulser terkens gigi kan. Sian, sabar ya, ikut je cakap Umi. Bila Umi kata letak ubat, nganga la mulut tu. bila Umi kata time makan ubat, so makan la ya.

Pastu mamaG pasang channel Ceria, wah tetiba ja abang Irfan bangun dan panggil Umi macam kecemasan jew. "Umi! Umi!" Kejut Umi. Rupanya, ada cerita Ultraman. Mak aiii, terus boleh bangun dan senyum hepi tu tengok tv. Sabar jela.

Hah kannnn... Senyum pun anak Umi ni. Lega sikit Umi. Kalau tak asik merengek kesakitan je la abang Irfan. Senyum pun tanak. Dah, rehat ya sayang. Minum air banyak2 biar cepat baik ulser tu...

 

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea