18 June 2012

2Hari Kelas Menjahit Intensif (Baju Kurung Moden)

Bebelan Aku MamaGlam pada 12:12 PM
Apa Korang rasa: 
Assalam semua,

 

Waaa lamanya sudah x update blog kan. Banyak perkara jadik dalam hidup mamaG cuma xberapa ada masa nak hapdet blog jew. Macam-macam jadik recently, ada yang hepi, ada yang sedih dan ada yang penat. But mostly yang jadi tu semuanya yang penat tapi hepi.. Banyak juga la ekceli gambar yang suda di ambil melambangkan apa yang jadi dalam hidup mamaG... Hohoho tapi as mamaG cakap tadi, it's matter of time. (alasan!!!)

 

Memandangkan mamaG ni terai menghapdet blog guna apps kat ipad guna Apps Blogsy, mamag terai la kalau dpt uplod gambar, ye. Biar korang2 semua jeles....

 

Ni mamaG nak hapdet pasal mamaG g kelas menjahit baju kurung moden secara intensif. Tau napa intensif? Hah sebab dia ajar buat baju kurung moden dalam masa dua hari jew. Hah dengar macam imposible ja kan... MamaG pun piki cam tu gak mula2 but tabahkan hati ni, kentalkan semangat dan up kan motivasi diri kononnya xnak antar baju kat tailor dah sebab rege mahal sangat upahnya tu.. So, mamaG pon pegi la. FYI, mamaG memang tadak basic langsung menjahit baju kurung ke, sarung ke apa-apa la yang berkaitan menjahit baju. Kalau takat jahit lurus macam al-langsir ngan al- kain payung tu okla kan. Masa skola dulu mamaG penah la jugak kan jahit sendiri kain baju skola sendiri.. Alkisanya masa tu, mamaG ni kan ganazs sangat kan almaklum la jugak al-tomboy time tu. jadiknya terkoyak la kain kan. Konon takut kene marah ngan mak, so pi la jahit kain sendiri style payung jew. MamaG paling tak suka pakai kain yg ada kipas la. Macam berat jew, macam bawa sumting kat kaki jew. Rimas, owkeh.. Owkeh, dah menyimpang dah cerita tapi memang gitu la sejarah ceritanya..

 

And then kan,...

 

So, for d 1st time, memang gugup jap la. TETAPI,... Ada tetapinya, hohoho... MamaG kene la buat muka menten jelita kan, konon-konon macam pro jek.. Padahal bila cikgu tu tanya, sapa xdak basic, Haa laju laju mamaG angkat tangan. Ekekekeke... Bak kata cikgu tu, muka cam konfiden jew..

 

Ok, untuk kelas menjahit ni. MamaG amik pakej promo 3patern rm500. Macam mahal kan. Tapi sebenarnya, kalau korang survey kat ntenet kan, harga utk satu patern, kalau area selangor ni range dlm rm160-180 per patern. So kalau times ngan 3 patern, berapa? Cer korang kira sendiri ek. So, murah skit la kan. Harga setiap patern, kalau kat luar tu berbeza-beza tau mengikut tempat juga. So, yang ni, mamaG amik kat Mariati Design kat Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan ni, boleh la g blog dia di www.mariati-designs.blogspot.com. Dekat la skit ngan rumah mamaG. Kelas dia juga flexi, yuran pun flexi. Walau pon, rm500, bukannya kita bayar selepuk. Bayar skit2. Utk daftar, bayar dulu rm150. Pastu gtau tarikh bila kita nak start menjahit. Kita yang tentukan jadual kelas. Yang penting ujung minggu. Kena call dulu la nak konfemkan tarikh yang kita nak tu. bukan apa, dia cuma amik 10 orang je setiap kelas, supaya senang nak fokus betul mengajar kita. Yela kan, 2hari je kelas, cikgu tu nak pastikan kita ni betul2 paham dan mahir sikit apa yang kita belajar. Dia taknak kita rasa rugi belajar sebab dah bayar mahal kan.

 

nanti untuk next patern kita nak belajar pula, kita tentukan lagi sekali bila tarikh kita nak, and time tu baru la bayar pula skit, rm150. Flexi kan. Ada sorang akak tu, dia pun belajar kurung moden. Minggu lepas dia dah start dah tapi cuma sehari jew. Next day tu dia xdpt datang sebab ada hal. So, dia sambung minggu seterusnya sama ngan mamaG but start dr apa yang dia tinggalkan la, yang belum siap minggu lepas tu. Cara dia ajar juga senang nak paham, kejap jew nak buat. Kelas start jam 10am sampai jam 5pm. Tapi kalau ada yang belum siap, cikgu akan tunggu sampai kita siap.

 

Biasanya, utk 1st day adalah untuk buat baju dulu, dia akan ajar basic, mengukur, bust pola, gunting kain dan jahit sampai siap. 2nd day baru buat kain pula. Tu pun dia ajar one by one juga tu sama macam 1st day. Untuk kain tu, kita blh pilih nak kain potongan macam mana. Biasanya, kalau untuk kurung moden, kain dia potongan lipat batik, tapi kita boleh pilih nak potongan lain, macam mamaG nak buat potongan susun belakang. So cikgu tu ajar la. Baju pun sama, macam kawan mamaG sebelah tu, dia buat kurung moden juga, tapi dia nak lengan baju dia ada butang, macam pasang cuff tu, so tadak masalah. Cikgu tu ajar jew. Janji gtau dia kita nak buat macam mana baju kurung moden kita tu.

 

Mula2 tu mamaG memang nak buat kain susun batik jew, sebabnya senang. Tapi bila pikir balik, baik mamaG buat yang susah macam kain susun belakang tu. so, next time tak payahlah susah lagi amik kelas jahit kain susun belakang kan. MamaG boleh belajar mende lain dah. Dan xperlu risau pasal kain susun belakang. Atleast dah ada basic. Andddd, for my frens out there, kain susun belakang so damn true susah dan leceh nak buat. Lagi2 kain yang licin dan juga nak jahit zip sorok, mak aiiii... Padan ngan muka mamaG bawa kain viscose time tu. Takda licin sangat tapi licin skit la kan. But, mamaG memang sengaja pun bawa kain yang agak-agak macam susah nak jahit bagi orang yang zero macam mamaG ni, sebabnya, time ni la nak berguru betul2 dan rujuk abis-abisan kan. Kalau macam ni, macam mana, kalau macam tu macam mana...

 

Kalau bawa kain yang senang nak jahit, mmg la bagus, dan digalakkan. Cepat je nak buat, macam kawan mamaG kat sebelah tu. dia bawa kain cotton yang keras skit, kalau lipat, cantik elok je. Nak jahit pon senang. Tapi, in other side, bagi mamaG, biar la susah nak jahit taime kelas, sebab ada cikgu boleh selamatkan keadaan kain kita kan. Dan time tu la kita belajar sumting pasal masalah menjahit baju kan. Bayangkan kalau time kita jahit baju sendiri di rumah, pastu ada masalah, macam mana? Sayang la kain tu kan. Sebabnya kat kelas cikgu akan ajar mcm mana nak selamatkan kain kita kalau rosak o jadi apa2 time jahit ke, potong ke.

 

Macam mamaG pun ada masalah juga kat kain tu. Kain tak cukup. Sebab beli kain ela jenis yang dah siap potong 2meter, 2meter, dan corak pula macam tu. Cikgu kata kebiasaannya memang takcukup. Tapi cikgu ajar mamaG macam mana nak selamatkan kain mamaG dan bagi cukup. Hah, kan dah belajar sumting new. Kalau kain yang ada kaki juga biasanya bermasalah. Macam kawan sebelah mamaG dia bawa kain polka dot yang ada kaki. Pastu, kain tu pula lain2 corak utk baju dan kain. Dah siap2 potong pula tu 2meter, 2meter. Tau apa jadi? Hah, bila kain tak cukup, tang lengan problem. Sebab kaki kain tak cukup. So, sbelah lengan polka dot ada kaki, sebelah lengan lagi polka dot takda kaki. Memang kesian.

 

Di situ nanti, kita tiba2semacam ada kesedaran minda dalam memilih kain utk dijahit sendiri. Tapi kalau nak kain yang berkaki baik hantar jew kat tailor luar. Selamat kain kita yang cantik tu.

 

Untuk hari pertama tu, mamaG jahit baju alhamdulillah, siap cepat. Tadak masalah sangat. Cuma masalah time nak jahit zip sorok jew. Sebab leceh nak jahit. Kene ikut betul2 step dia. Yang lain mamaG siapkan awal. Esoknya pula jahit kain susun belakang pula. Lukis pola memang senang. Tapi nak potong dan susun lipatan kain kene buat betul2. Jangan konfius. Settle je tu, insya Allah, kita tadak masalah dah nak jahit yang lain. MamaG siap cepat.

 

Kalau tang jahit baju, yang selalu problemnya time nak jahit zip sorok jew. Tang kain pula, problemnya nak cantum kain, jahit pinggang, susun kipas dan zip jugak la. Jahit pinggang ngan zip memang sangat konfius. Jangan sampai salah cantum kain. Macam kawan mamaG sebelah tu, dia tersalah cantum kain dia. Hujunh kain tercantum ngan hujunh pinggang. Mmg konfius pun. Maka terpaksalah dia tetas balik kain dia. Memang penat, yela da jahit semua kan tinggal buat pinggang, sekali kene tetas pastu buat balik. Sabar je la.

 

Tapi atleast, kita tau masalah macam ni pun ada tanpa kita sedar. Syukur la mamaG tadak masalah. Cuma kain untuk pinggang jew tak cukup. Tadak acara repair2, tetas menetas o salah potong o buat semula. Tapi mamaG belajar daripada kawan2 yang lain yang ada masalah dengan kain masing2.

 

Alhamdulillah, siap baju mamaG dan puas hati sangat2. Jahit baju kurung moden ni tak la susah sangat kalau kita betul2 faham cara nak jahit serta tips n tricks dia. Supaya kita tak rosakkan kain kita jahit sebab salah potong. Jahit baju kurung moden memang tak banyak keje nak buat. Cepat je nak buat pola, potong dan cantuk. Yang selalu buat masalah cuma bila nak jahit pinggang ndan zip jew. Hohoho...

 

So, lepas ni mamaG boleh la jahit baju sendiri insya Allah. Tertakluk kepada masa dan juga halangan dirumah. Hohoho... So, pada kengkawan yang nak masuk kelas jahitan ni, di kelas yang sama, boleh la gtau saya or pi je blog cikgu ni kat mariati-designs.blogspot.com. Just call her.

 

O ya, lupa pula nak bagi tau, kat kelas ni kita xperlu nak bawa mcm2 kit menjahit. Cukup sekadar bawa kain 4meter, kalkulator (henpon pun boleh), benang ikut warna kain, gunting kain dan gunting kertas dan baju contoh. Yang lain-lain disediakan. Mesin jahit, disediakan. Dan pada korang yang nakbeli mesin jahit, boleh order ngan cikgu ni juga, blh dapat diskaun 5% drp harga asal. Semua model ada. Singer or Brother. Tapi mamaG tengok mostly mesin jahit dia jenama Brothers. MamaG pun beli jenama Brothers. Highly recommended for those zero o beginner taylor macam kita ni. Hohoho...

 

Boleh juga beli kit menjahit ngan cikgu ni. Dia juga amik tempahan baju. Tapi dah closed la utk raya. Gila banyak tempahan dia, 200 helai baju tempahan dia. Mampos... Sehelai sepasang ni pon cam semput nak jahit kan, ni kan lagi 200 pasang kan.

 

Soooo hepi.. Pasni nak pi beli kain lagi utk jahit baju lagi... Insya Allah, mamaG ingat nak sambung next class, jahit baju kurung riau/pahang/pesak gantung. Waaa, tak sabar. Tapi bukan minggu depan la kut. Coz enchek Hubby keje. Ni pon dia cuti sebab mamaG nak pi kelas sabtu ahad menjahit. So, kene tolerate la kan. Mabe next next week la kut. So, tungguuuu citer pasal menjahit. Tengok, berjaya ke tak. Hohoho insya Allah berjaya. Ameeeeeeennnn....

 

 

P/s: syukur berjaya capai misi tahun ni (upgrading skill - menjahit baju kurung)

 

6 Glamish komen:

Anonymous said...

Belajar kat mane? Ada address kelas jahit tu tak?

Aku MamaGlam said...

hi, boleh cek ke website dia mariati-design.blogspot.com. kelas diadakan di puncak jalil. jalan masuk ikut daripada taman equin. jauh sikit la masuk ke dalam. tapi berbaloi la belajar dengan kak Ti ni. mudah faham dan cepat siap. sebab dia ajar kita cara yg paling cepat dan senang nak jht bj. tu yang 2 hari pun dah cukup tuh...

selamat belajar menjahit..

Ielystore Collection said...

come see i yer blog

Aku MamaGlam said...

insya Allah. Tq sebab singgah.

Ned said...

Tau tak kat mana nak cari cikgu jahit yang sanggup gi ngajar kat rumah kita?

JEMPUT SINGGAH BLOG SAYA

Aku MamaGlam said...

ade, insya Allah, sy bg link n no. tepon dia. tQ sebab singgah ye. nnt i blogwalk blog u..

Post a Comment

Apa pendapat korang?

signature

Ada Lagi cerita Best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Aku Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review