Laman

12 July 2015

U & Me...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:06 PM
Cerita ni: 

Penat hunting hunting kasut. Anddddd still belum ketemu jugak. Dah nak masuk buka posa time dah ni. Terpaksa singgah beli makan kat bazar ramadhan bdr tun hussien onn. Dah lama tak gi bazaar ramadhan sini. Last pi pun 2thn lepas hohoho...

Seperti biasa nak menunggu time buka posa amatlah bosan kan. So, ni la jadiknya bila bosan. Melayan DNA hahaha...

Lepas makan ni sambung hunting lagi.. alhamdulillah ketemu jugak kasut yang berkenan tu pun setelah lama berjalan jalan. Kaki pun rasa macam nak tercabut kan. Tadi makan kat marry brown tu, mamaG bukak kasut. Pijak lantai dengan bare foot je. Lega rasa tapak kaki ni hahaha... penat gila menapak ari ni. Dari pagi ke malam. Semata mata nak cari kasut kids je powwwnnn. Hadoi la kan...

Syukur la, so esok takyah la nak kelam kabut nak cari mende lagi kan. Sok cuma acara kemas mengemas packing mempacking jew. Selasa pagi gerak dah ke epot. Sincw tahun ni raya, bff mamaG takdop, ado kat london and beraya kat london nu, takda la bff mamaG dapat anto ke epot seperti tahun tahun sebelum ni. Tahun lepas memang takda la sebab mamaG kat labuan kan. Ni 1st time ler gi epot tak berhantar oleh bff mamaG hihihii.. rindu pulak kat bbf sorang tu.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin ya dear Lia my beloved bff. Ada jodoh kita jumpa ya. In shaa Allah. Tahun ni aku gi epot sendiri dulu la yerk. Tunggu ko balik tahun depan yer. Hihihi..

Mr. Hubby kata, tahun ni dia kata kitorang pi epot nek bas je since dah takda orang nak tolong anto macam dulu hehehe... Ok jugak kan. Dah lama tak nek public transport gi klia. Salu orang anto dan ambik je. Penah nek pun erl je la. Kali ni nak nek bas la pulak kan. MamaG ok je asalkan sampai dan tak tertinggal flite. Tak kira la apa caranya pun ke epot tu. Tapi kena gerak awal la kot kan. Bukan boleh jangka trafik kat jalan tu kan. Dalam masa sama boleh bagi kids merasa nek bas kan. Dah biasa pun travel kids ni sebelum ni. Cuma dorang tak penah pula la kan nek bas ke epot. Erl penah ler. Cuma 1 halnya ialah, mamaG kene minimize kan beg nak bw balik. Kalau boleh nak 1 beg je. buh suma 1 beg. Takda la kiri kanan nak bawa beg kan. Dengan kids lagi kan. Memang hadoi la kan. Hihihi... kang ada yang terpaksa beli share kat bas pula kan. Almaklumlah kena ada share kat bas supaya kids mamaG senang nak buat sukati dia hahahaha. Gurau jek..

Ok lar, merepek dah ni... doakan perjalanan pergi dan balik mamaG sekeluarga lancar sentiasa ya. Nak siap siap tido dah ni. Letih amat dah. Sok nak keje pulak. Banyak mende nak settlekan. Selasa gue cutiiiiii.. yeay!! Hihih

Nite nite korang suma. Muaaxx...



Sempat membebel via Blogaway 😘

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea