Laman

12 July 2015

Fullblast Weekday

Celoteh Aku MamaGlam at 12:29 AM

Sepeeti biasa. Monitor tekanan darahku yg masih rendah ini. Hurmm

Demam panas melanda lagi d hujung minggu.. tpaksa cuti ari isnin sebab mo rest... pic by mr. Rayyan

Selasa pula bertugas di booth pameran. Nampak tak muka kite masuk tweeter? Hihihi

Rabu ajak kids mkn kt luar without mr. Hubby. Okeh kedai makan ni aku ada share tau. Sebab tu kids aku xreti diam. Siap nyanyi kat kedai mkn tu. Baca doa kuat untuk suma org kt kedai mkn tu. Hahahah

Kamis lak jadik usherer presiden dan dulang girl untuk menteri sempena majlis watikah penyampaian sijil pelantikan presiden2 di tribunal ni.





Sempat juga beli kasut utk ganti kasut den yg terputus rabu lepas tu.

Jumaat lak sibuk la bergebang orang sini panggil utk siapkn bubur lambuk.





Akhirnya ada juga pix ketua disebalik program ni...



Pelan2 siapkan acara tahunan ku. Sampul raya la apa lagi. Tiap kali stress or penat buat keje je. Stop kejap buat mende ni. Br la rasa release kjp. Hehehe... yg bertuah je dapat sampul eksklusif ni okeh. Hehehe

Miss ChiChi the cat... ni la gaya dia tido kaki tangan suma nek atas. Kejung gitu je. Hihihi..

Yess memang fullblast weekday in da opis. Dimulakan dengan demam panas selama fewdays before ni kan. Tambah lagi banyak program nak kena buat di bahagian ni. Tambah lagi program yang mamaG kena lead sendiri sebab program tu di bawah biro kebajikan yang diketuai oleh mamaG ofkos.
Program jabatan lagi. Banyak juga benda mo kena buat but syukur juga la ada kawan kawan yang baik hati dan sukarela nak tolong. Kalau dah namanya mamaG yang lead ofkos la xda pic mamaG kan. MamaG juga la jurugambarnya. Tukang basuh beras, tukang hias, tukang gaul bubur, tukang cek sumanya ok ke dak. Tukang buat report dan paperwork. Tukang selesai maslah kekurangan. Segala tukang bagi mamaG. Nak make sure everything goes well. Dan syukur alhamdulillah. Semuanya berjalan baik. Walaupun penat but mamaG hepi. Walaupun badan tak berapa sihat... ada 1 lagi program yg bakal mamaG lead. MamaG tengah prepare siap2 dari skang b4 mamaG bercuti panjang. Tambah lagi keja hakiki yang datang last minit menimbun. Asal nak cuti je jadik gini. Hihihi.. bertabah je la.. kang tak berkat lak gaji tu kan. Hihi..

Tadi siang pula mamaG baru dapat tau akan ada 1 lagi amanat yang mamaG bakal galas. Amanat keja yang mamaG harap sangat tak perlu mamaG galas. Sebab buat masa ni tugas sedia ada pun tak berapa nak tergalas dah hahaha... tapi tak pa la... anggap ja la itu satu lagi amanah kerja utk ditunaikan, sumbangkan tenaga dan pengetahuan yang ada dan ilmu baru untuk mamaG pelajari. Kan kan kan...

Seperti kebiasaan dan setiap tahun tiap kali raya, mamaG akan sediakan dan create sendiri sampul duit raya mamaG hohoho.. eksklusif utk anak2 buah mamaG belah mamaG dan belah suami serta anak anak kwn kawan rapat mamaG sahaja. Tau napa limited dan eksklusif? Sebabnya di sampul tu ada pic mamaG sekeluarga. Dari mula mula kawen, berdua je. Pastu ada anak sorang, jadi pic bertiga pula. Hingga la ada anak dua so pic berempat la. MamaG bagi pada famili rapat dan kawan rapat je. Sebab sampul mamaG ni bukan untuk disepah sepahkan lepas dapat duit. Hehehe.. sebab tu kalau mamaG nak bagi duit raya utk anak buah, mamaG serah pada mak pak dorang je. Spy boleh simpan. Xda la bersepah sepah orang buang dan pijak pijak sukati. Kalau pun nak buang mamaG siap pesan suh koyak dulu baru la buang. Bukan apa, kita kena berhati hati kan. Ragam manusia ni banyak. Kang ada yang percaya menda khurafat kan, gi pulak mandrem pic kami sekeluarga kan. Hah macam mana tu kan.

So for those yang dapat sampul mamaG ni, arap sangat la simpan elok elok, sentimental value tu hehehe.. kalau rasa taknak simpan, nak buang. Boleh je. Tak keci ati pun tapi dengan syarat, sila koyak dulu ya sampul tu before buang ya. Makasi makasi.. hehehe. Raya kali ni mamaG buat sampul yang designnya simple je. Bukan sebab takda idea nak buat, idea banyak dah imagine nak buat macam mana designnya tapi takda masa yang cukup nak buat. So buat ala kadar dan paling simple je. Yang penting effort dan sentimental value ado. Hihihi..

Jumaat ni, mamaG memang bizi amat. Dengan badan tak berapa nak sihat. MamaG gagahkan juga la siapkan keja selagi boleh dan semampu secepat yang boleh. Sebabnya minggu depan nak balik kampung dah ari selasa tu. Hihihi..

Ujung minggu ni bila dah sihat skit, mamaG plan nak kemas rumah. Nak kosongkan peti ais, sental dapur dan tandas sebelum balik kampung. Ni mamaG risaukan si ChiChi ni. Sapa nak jaga dia dekat 2 minggu ni. Makan minum kencing berak dia cane la. Risau pula mamaG. Arap arap chichi ok la nanti di rumah yer.

Okies la. Ni je untuk kali ni.



Sempat membebel via Blogaway 😘


0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea