Laman

20 June 2015

Perbaiki Diri melalui Orang Lain.

Celoteh Aku MamaGlam at 9:10 PM
Cerita ni: 


Dalam dunia ni, hari hari kita akan jumpa pelbagai jenis manusia. Tak kira la siapa pun. Sama ada pasangan kita, ibu bapa kita, adik beradik sepupu sepapat macik pacik nenek atok cucu cicit jiran depan belakang tepi atas bawah rumah, kawan kawan ataupun orang yang lalu lalang depan kita. Suma pun ada macam macam jenis perangai kan.

Ada yang boleh kita handle ada yang mak ai payah bebenir nak handle. Geleng pala je la. Kadang kadang menyakitkan hati mata dan telinga. Kadang ada yang menyenangkan hati jiwa dan raga. Betul tak. Jangan dilupa ragam yang pelik pelik pun ada.

Sebanrnya kita tak sedar disebabkan ragam yang pelbagai ni la kita boleh belajar sesuatu. Belajar tentang perangai manusia. Belajar menerima fitrah manusia yang unik. Belajar berhadapan dengan manusia yang pelik pelik atau yang tidak baik. Belajar membezakan antara tingkah dan moral yang baik dan tidak baik.

Sedar ataupun tidak, kita sedang mendidik diri sendiri menjadi orang yang tidak akan atau akan sentiasa mengelak tingkah dan moral yang tidak baik. Menjadi siapa diri kita inginkan atau selesa dengan diri sendiri.

Kadang kadang bila kita tengok tingkah dan moral yang tidak baik, pasti kita pernah juga terfikir dan berazam agar tidak menjadi manusia yang tercela moral dan tingkahnya.

Kadang kadang kita perlu juga mendekati manusia yang tercela moral dan tingkahnya untuk membantu manusia jenis ini sedar dan dipimpin ke arah yang sepatutnya dan sebaiknya.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea