Laman

20 June 2015

Betul ka?

Celoteh Aku MamaGlam at 9:29 PM
Cerita ni: 


Betul ka tidak tak tau la. MamaG memang la guna tangan kidal atau tangan kiri. Ada juga yang betulnya kena dengan karektor mamaG. Tapi itu dari sudut apa yang mamaG nampak. Tak tau la pula dari sudut pandangan orang pada mamaG.

Kidal ataupun tidak bagi mamaG semua pun sama saja. Memang dari dulu orang selalu pandang dan anggap mamaG pelik sebab guna tangan kidal. Pernah juga ada yang mempersoalkan kenapa mamaG kidal. Hurm malas nak jawab. Taktau pun mo jawab apa dan kenapa mamaG kidal. Mungkin juga fitrah dan sejak azali kan. MamaG percaya parent mamaG mungkin dah cuba ubah fitrah mamaG bertangan kidal masa mamaG kecil. Tapi tu la mungkin sudah memang takdir ataupun memang inilah fitrah dan kelebihan ataupun kelemahan mamaG yang dah ditetapkan olehNya. Jadi mamaG terima jela. Lagipun tak menyusahkan mamaG dan juga orang lain kan. Dun wori mamaG makan nasi guna tangan kanan okeh. Hihihi.. kalau pakai sudu baru la mkn pakai tangan kiri.

Kepada para pengguna tangan kidal jangan kita terasa hati bila ada yang memandang pelik atau memperlekehkan atau mengejek kata kita makan pakai tangan najis sama dengan makan najis. Biarkan la. Anggap jela inilah kelebihan yang Allah swt tu bagi pada kita yang tiada pada orang lain.

MamaG yakin, orang yang guna tangan kidal ni pasti ada banyak kelebihannya kan. Mungkin kita tak perasan tp orang sekeliling kita pasti akan perasan. Konfem akan perasan punya sebab kita lain si kidal nampak lain daripada kebiasaan orang yang guna tangan kanan. Bukan mamaG memuji diri sendiri atau angkat bakul ataupun membangga diri dengan tangan kidal. Cumanya ini je la caranya secara mentalitinya kita menerima keistimewaan yang diberikan kepada si kidal.

Kadang kadang, mamaag rasa happy bila dapat jumpa dengan orang orang yang sama sama kidal macam mamaG. MamaG pula kadang rasa dan nampak pelik. Hihihi..
Jujur kata, mamaG memang rasa dan nampak pelik tengok orang buat segala kerja menggunakan tangan kiri. Walaupun mamaG sendiri juga kidal. Hihihi. Mungkin ini la rasanya dan apa yang difikiran orang orang yang nampak si kidal kan. Hihihi.. yela, orang kidal ni cara tulisnya lain, cara fikirnya lain (kebanyakan orang kata la) cara buat kerjanya juga lain... tu yang kadang kadang mamaG leka juga tengok orang kidal ni buat keje. Terutama bab menulis. Ada macam macam pesen cara tulis. Kertas atau buku tu kalau tak terpusing atau tangan nak menulis tu tak bermacam macam kedudukan memang tu bukan si kidal la tu. Hihihi... mamaG sendiri kadang terfikir uniknya cara orang tu menulis.

Bagi mamaG, bila mamaG nampak si kidal, mamaG rasa macam eksaited nak tau dan nak tengok cara si kidal bekerja dan berfikir. Adakah sama macam mamaG ataupun sama macam orang orang yang guna tangan kanan...

Yela kita si kidal mana nampak diri sendiri kan. Jadi bila kita nampak sendiri si kidal yang lain barulah kita nampak dan rasa sendiri bagaimana orang lain nampak dan rasa pasal si kidal ni. Hihii...

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea