Laman

20 June 2015

Kadang Kadang...

Celoteh Aku MamaGlam at 8:56 PM


Kadang kadang, ada masanya kita rasa macam mo berdiam diri sekejap. Memencil kan diri daripada lautan manusia. Melepaskan sekejap apa yang kita sedang lakukan. Melupakan sekejap keadaan sekeliling. Tak mahu berfikir untuk seketika. Tak ingin melakukan apa pun untuk sementara.

Kadang kadang kita rasa kita perlukan udara yang segar untuk memulakan semula hari kita. Berhadapan dengan apa saja. Berbekalkan niat, azam harian, zikrullah dan rasa syukur utk hadapi apa saja kemungkinan yang akan berlaku untuk 24jam ini sebelum tibanya hari baru.

Kadang kadang, kita akan pernah merasa ingin berdiam daripada segalanya. Mengunci segala langkah, fikiran dan perbuatan. Mengunci kemas segala sesuatu yang biasanya diri kita lakukan, fikirkan...

Kadang kadang kita pernah juga merasa penat menjadi diri sendiri kan... bukan sebab kita bosan dengan diri sendiri. Tapi mungkin juga tiada sebab pun merasa begitu tetapi kita pasti juga pernah merasainya. Walaupun sedikit. Sedetik terfikir di benak.

Kadang kadang, kita terasa macam ingin pergi jauh dari segala sesuatu buat seketika. Jauh daripada apa dan siapa. Hanya untuk seketika. Hanya untuk melapangkan dada dan fikiran. Hanya untuk menjejak semula rentak yang selama ini kita rasa kita dah tertinggal jauh. Mungkin disebabkan kelekaan kita. Mungkin juga disebabkan kita terlalu fokus dengan keadaan dan orang sekeliling hingga terlupa yang diri kita juga perlukan perhatian. Mungkin juga disebabkan oleh jiwa kita terdapat sedikit rasa kosong yang kita sendiri tak pasti apakah ia. Walaupun kita sah cuba untuk mengenalpastinya. Tapi tiada jawapan ditemui.

Kadang kadang, kita pernah terasa macam nak baring di tilam kita dan tidur. Tutup mata selama mana kita mahu. Tenangkan jiwa setenang yang mungkin. Tanpa memikirkan tentang apa dan siapa.

Kadang kadang, kita rasa macam mo pergi ke suatu tempat yang jauh dari segala sesuatu untuk seketika. Ke tempat di mana kita boleh berehat dan termenung sambil menghayati keindahan ciptaanNya. Mensyukuri nikmatnya. Memuji kekuasaanNya. Dan muhasabah diri apa yang telah dilakukan disumbangkan dicapai diraih dipelajari serta diberikan selama hayat masih di kandung badan. Selama jasad masih bernyawa dan bernafas.

Kadang kadang.......

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea