Laman

12 October 2013

Ferry From Labuan to Kota Kinabalu Trip. 1st Time Try

Celoteh Aku MamaGlam at 7:43 AM
Cerita ni: 
Awal pagi ni, mamaG akan naik ferry untuk ke KK dari Labuan for the 1st time. Huhu.. eksaited dan nebes pun ada juga ni.

Sekarang ni pula musim hujan di Labuan dan Sabah. Asal petang ja, hujan, asal hujan ja, petang. Hehehehe.

MamaG gi KK tu bukan la saja saja pun. Mo pigi jumpa sistars mamaG and hantar sekali doorgift utk majlis kawen lil sis mamaG. Pastu tumpang tido rumah sista mamaG di Tuaran.

Hurm.. eksaited wooo. Walaupun mamaG ni orang Sabah tapi Sabah tu sendiri mamaG tak explore lagi dan xdapat nak bayangkan how its look. Tuaran? Hurm lagi la mamaG tak tau kat mana and environmentnya mcm mana. Sebab sejak mamaG abis SPM mamaG terus merantau di Semenanjung dan jarang balik. Balik pun bila cuti perayaan ja. Pastu keja di sana since 2003 lepas graduated. Sekarang ni la baru ada rezeki berpindah tempat kerja for good omputih cakap. Hehehehe

Jadi misi untuk tahun pertama mamaG berada di Labuan dan dekat dengan Sabah ialah round the Sabah. Bukan round the world ya murid murid. Ekekeke... konon la kan.

Kemarin lepas balik keja minta tolong sepupu hantar ke terminal feri untuk beli tiket ferry.

Rupanya fery ni ada 2 jenis ye tuan tuan dan puan puan. 1 dari labuan ke kk, kira direct ke kk la. Kena naik ferry express katanya. Dan utk feri ekspress ni cuma ada 2 kali sehari jew ya trip dia. Pagi jam 8 dan petang jam 2.30pm kalau xsilap la.

Feri lagi satu dari labuan ke Menumbok. hah kat mana tu jgn tanya la, coz ai ni pun dah jadi mcm pelancong di negeri sendiri jugak la yew. Memang tak tau apa apa ya. Apa apa pun kita tengok la google earth nanti ya.

Lepastu dah sampai Menumbok tu, nek bas la ke KK. Yang ni mamaG belum try lagi. Soon la kut. Travel time estimate dalam 2-3 jam macam tu la sampai di KK tu.

Untuk harga tiket feri pula nnt refer ngan gambar ya. Bagi warganegara Malaysia ada mykad, akan dapat 50% diskaun harga tiket okeh. Macam mamaG dari labuan nek feri ekspress ke KK direct, harga tiket cuma rm17 tunaiiii... after 50% diskaun la.

Disebabkan terminal feri ni dipanggil terminal antarabangsa labuan, ofkos la ada sebabnya kan. Hah harus tau, feri kat sini pun pegi negara Brunei jugek tau.. wah mamaG baru tau masa beli tiket kemarin petang. Huhuhu.. jakun la kejap kan. Kagum gitu kan. Hahahaha.. bongok!

O ya bila nek feri ni, digalakkan duduk area belakang. Sebab lau ada ombak, konfem yg duduk depan akan melambung okeh. So take note ya tuan tuan dan puan puan. Tapi mamaG berdoa sangat la hari ni xda la ombak yang besar ke apa kan.

Okeh nanti kita cerita lagi ya. Huhuhu eksaited nek boat sensorang.









0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea