Laman

03 December 2011

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahumu Memikul…

Celoteh Aku MamaGlam at 11:40 PM
Cerita ni: 

Ya Allah, sesungguhnya, daripada-Mu kami datang, kepada-Mu jua kami kembali. Memang itulah perjanjian kami umat manusia di dunia ini. Hari ni, mamaG rasa amat sedih sangat bila dapat sms daripada kawan opis yang kira baik dengan mamaG, bagitahu yang suaminya telah meninggal dunia semalam (Jumaat, 9/12/11). Ya Allah, rasa nak jatuh jantung bila dengar berita sedih dan mengejutkan ni.

Kesian la betul kawan mamaG ni, sebabnya dia muda lagi dah jadi balu anak 2. Anak dia pula kecil lagi, yang paling kecil tu sebaya Rayyan, 1 tahun setengah. Ya Allah, beratnya dugaan yang kau terima wahai temanku.

Tapi ketahuilah, Allah swt itu Maha Adil dan pengasih. Dia menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya. Insya Allah, kau pasti mampu memikul tanggungjawab yang berat ini. REdha pada-Nya ya. MAmaG sebagai kawan akan cuba membantu setakat setakat yang mampu dan dengan izin suami. Akak pun, mamaG harap tidak segan silu bagitahu jika perlukan bantuan.

Sejak itu, mamaG terasa sepertinya Allah swt itu ingin membukakan mata dan pintu hati mamaG agar lebih menghargai, lebih menyayangi, lebih menghormati dan lebih menjaga suami tercinta mamaG. Tidak mensia-siakan setiap perkara yang dilakukannya demi keluarga. Biarpun tidak seberapa, tetapi harus dihargai.

INsya Allah, moga-moga Allah melindungi keluarga mamaG dan memanjangkan jodoh perkahwinan kami.

Tak dapat mamaG bayangkan kalau suami tiada di sisi bersama-sama membesarkan anak-anak anugerah Allah swt di zaman moden yang penuh cabaran dan godaan. Tambahan lagi sara hidup yang terlalu tinggi. MamaG tak dapat bayangkan, bagaimana kehidupan mamaG tanpa suami di sisi. Betapa mamaG amat memerlukan suami mamaG. MAmaG masih memerlukan kasih sayangnya, perhatiannya dan redhanya.

Ya Allah, Kau lindungilah keluargaku, Kau panjangkan la umur kami, Kau murahkan lah rezeki kami, Kau tetapkanlah iman kami, KAu terima lah amal kami, Kau ampunkan lah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, keluarga kami, anak-anak kami, saudara kami dan dosa umat seagama kami.

Amiiiinnn..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea