Laman

13 January 2013

Teringat Time Kecik Kecik Dulu.

Celoteh Aku MamaGlam at 3:54 PM
Cerita ni: 

Haaaa sepa masih ingat aiskrim tu? Time keci keci dulu salu juga buat aiskrim ni. Yela dulu bukannya mampu sangat pun. Siap jual lagi. Dulu aiskrim ni kalau tak silap 20sen atau 50sen je kut harga dia. Sedappp. Ntah la kenapa sedap kan, mungkin sebab dalam plastik tu kut, macam nostalgik gitu kan bila makan.

Macam macam rasa dibuat. Rasa milo, rasa sirap oren, rose, susu, macam macam lagi. Tengoklah apa yang ada dirumah tu kan yang boleh dibancuh dan disimpan dalam plastik aiskrim tu.

Ni buat ni pun sebab kids yang minta. Lepas tengok episod upin ipin tajuk 'cari dan simpan'. Ada scene upin ipin jual aiskrim ni utk kumpul duit. Tiap kali scene tu, tiap kali tu juga dorang kids ingatkan mamaG utk beli plastik aiskrim.

So, hari ni, masanya buat aiskrim tu. Buat 3 rasa je. Rasa milo, ribena dan jagung. Fuh memang heaven. Yang lucunya tu, time mamaG tengah nak buat aiskrim rasa jagung, c Rayyan minta sudu nak rasa air jagung kat dalam jug tu. Nak rasa la konon. Dah rasa 1 sudu, nak rasa lagi. Pastu nak rasa lagi, lagi dan lagi. Pastu c Irfan pun nak rasa juga konon sesudu je la, tapi pastu, lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. Last last, tak boleh jadi ni, sesudu sesudu, lama lama jadi bersudu sudu takleh berenti. Hurm, mamaG pun apa lagi amik cawan 2, pastu tuangkan letak ais, bagi dorang minum. Hah heaven.. Berseri seri muka haaa.. Sabar je la mamaG ngan kids ni.. Ade je akal. Hahaha. Pastu ketawa ketawa macam beliau beliau.

P/s: tak sabar nak tunggu petang, nak makan aiskrim yg dah keras. Huhuhuu...

4 comments:

  1. mamaglam dah buat aiskrim, habisla bisnes omak den,

    ReplyDelete
  2. Aiskrin made in Sabah kali sb sna mcm xda bkin. Smp skg pun masi ada org jual jg tu. Jiran di Kelumpang yg jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini ada jg yg jual, tp mungkin di kg-kg kali.. kedai-kedai runcit keci gitu kan. iya la, lama btl nda pernah mkn ni airkrim..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea