Laman

15 April 2010

Poliklinik Seri Kembangan

Celoteh Aku MamaGlam at 4:10 PM
Cerita ni: 
15 Apr. 10, 10 pagi – Hari ni aku pegi ke poliklinik Seri Kembangang utk check-up routine baby dlm kandungan aku nih... mmmm, what can i say, klinik ni mmg bz giler... ni baru bhgn. Klinik ibu n anak, blum lagi bhgn. Pesakit luar... pe2 pun, kat cni mmg parking teruk. Payah betul nk dpt parking kt cni, mungkin sebab ruang klinik ni yg xbrapa nak besar kut.

Sementara tunggu giliran nih, mcm2 ragam aku tgk lar, terutama skali budak2 lar.. ada yang menangis, lasak, nakal, malu2, tgh tido pun ada... kadang2 lucu juga tgk keletah budak2 kecil yang tak tau apa2 nih.. agaknya dalam fikiran dorang tu cuma ingat nak main jer kut.. mak-mak dan ayah-ayah yang ada kat cni pun lebih kurang juga.. ada yang wat muka tension, mungkin penat menunggu kut ataupun mungkin tension ngan anak yang x reti nak duduk diam nih.. hahahaha....



Time macam ni wat aku teringatkan keletah hero kecil aku kat umah tu yang mungkin tengah syok main ngan ayah dia di rumah... ari nih, pengasuh aku bercuti sebab nak antar anak dia yang patah kaki tu ke hospital utk check-up. Apa la agaknya 2 beranak tu wat kat umah ye. Arap2 x lah menyepahkan umah yang sedia bersepah tuh... hahahha...

Kadang2, datang ke klinik nih, kita boleh juga sambil2 tunggu giliran tu berkenalan dgn ibu bapa yang lain.. contohnya macam gambar kakak-kakak kat sebelah nih, sambil berdiri pun boleh borak2 juga. boleh kongsi cerita pengalaman menjaga anak masing2 dan juga tips pasal parenting kan.. almaklumlah, lain anak lain karenah dan masalahnya... antara soalan2 yang biasa ditanya ialah “dulu babay lahir mcm mn?”, “anak minum susu apa?”, “kalu demam biasa wat camner?”, dan macam2 lagi la soalan yg berkaitan penjagaan anak nih.. Ada yang guna cara kampung, ada juga yang guna cara moden.

Ari ni, rasa mcm cepat la pula giliran aku utk check-up.x sampai 1 jam aku tunggu, giliran kau dah pun dipanggil utk wat ujian air kencing dan juga amik darah. Dan sekarang aku tengah tunggu giliran utk berjumpa pegawai perubatan la pula. Yang ni mungkin lama skit kut. Sebab nombor yang tengah served skang, beza ngan nombor aku lebih kurang lagi 18 orang.

Sambil2 tunggu giliran ni, sempat lagi aku tgk2 ragam ibu-ibu mengandung yang juga sama macam aku tengah duk tunggu giliran. Lucu pun ada... bukan pa, mcm2 ekspresi muka ada.. ada yang ceria, ada yang monyok pun aa (ntah apa la masalah tuh), ada yang mengantuk, ada yang termenung, dan yang agak lucu skit tu, ada juga yang saling tenung-menenung tanpa berkata apa2... mcm pandangan kosong gitu, saja jer nak tenung orang agaknya (siap wat muka blur lagi, hahahaha).

Tapi kan, kira aku impress juga la dgn status klinik ni, bukan per, dari mula2 dulu aku mengandungkan c irfan sampai sekarang ni, aku perasan dah byk juga la perubahan yang dibuat oleh klinik ni utk keselesaan org yg dtg nih.. dulu klinik ni kceil jer, skang kira besar skit ruang menunggu tu, sebab aku perasan klinik ni dah expand skit ruang kaki lima dia jadi ruang menunggu... sistem mendaftar pun dah upgrade, cepat jer. Walaupun masih byk lg kekurangan klinik nih, tp kira ok la kan sedikit perubahan yang dah dibuat tuh, daripada x ada langsung kan.. orang kata, sikit2, lama2 jadi bukit...

Apa2 pun, arap2 klinik ni boleh cari jln penyelesaian utk keadaan parking di sini.. tunggang-langgang dah org yg datang ni parking ikut suketi jer, asalkan ada ruang skit, muat2 jer kereta, kira boleh parking la tuh..
Arap2 poliklinik ni akan bertambah maju dan boleh berkhidmat dgn rakyat sebaik mungkin.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea