Laman

20 September 2011

Bz ker?..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:47 AM
Salam semua,

Ya Allah lama juga la tak updaet blog mamaG ni kan.. Ekekeke.. Bukan apa, selain daripada kekangan (wahh gitu kan), masa, mamaG memang sedang bz sikit-sikit tentang keja dan juga ada projek yang mamaG tengah buat untuk anak-anak mamaG. So, nak kata terabai blog mamaG rasanya tak juga, cuma kurang perhatian la sikit. Bukan apa, perhatian tu suda beralih sedikit dengan projek yang mamaG tengah buatn ih..

Hah, nak tau apa kemendanya projek itew?.. haish, penyibuk juga korang ni ek.. Ekekekeke, gurau jer.. Okeh, ekceli mamaG tengah buat blog untuk anak-anak mamaG c Irfan dan Rayyan tu lah. Alah, blog simple simple jer, blog kisah pasal dorang berdua ni jer.. Short story n picturial jer. Yela, mmaG ni suka sangat amik gambar dorang, ni pun henpon mamaG ni sikit ja lagi dah nak penuh dah memori internal tu. Semua penuh dek gambar dan video dorang jer. 

8Gb internal memori pun boleh penuh kan, campur lagi 8Gb external memori kad, pon mo penuh jga tinggal berapa Mb jer lagi.. duh, nak transfer asik tadak masa jer.. Apa lagi henpon jadi slow n steady jer bila nak buka apa-apa, stress.. Ekekeke... 

Ntah macam mana, ilham pon turun macam hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum "bek aku buat blog pasal budak-budak nih. Aku jadik tukang karut kat blog nih, cerita pasal dorang berdasarkan gambar yang ada dalam henpon. Lagipun, aku kamera henpon ni kan boleh hantar terus ke Blogger lepas amik gambar. Boleh wat post entry on the dot lepas amik gambar. Hahahaha, marvelous!!! Bijak jugak aku ni ek".. 

Sejak ilham tu datang, terus jer mamaG create blog dorang. Sejak itu juga mamaG sebok mengepos entry on the spot dari henpon jer. Kalau ada yang pelik ker, yang lucu ker, watsoever ker, mamaG snap! then share/post to Blogger.. Takyah taip mukadimah banyak-banyak, lebihkan gambar jer.. 

Okeh la kalau korang sudi, sila la lawat blog anak-anak mamaG nih kat Blog Irfan dan Rayyan World. Then kalau sudi jugak, sila la Join blog dorang nih..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea