Laman

29 December 2012

Mentally Stress but Syukur

Celoteh Aku MamaGlam at 4:10 PM
Hari ni agak kurang sihat tapi kena gagahkan juga la diri tuh. Ekceli, dah beberapa hari dah mamaG ada tanda-tanda tak sihat pun tapi buat-buat tak layan gitu. Tapi semalam dah memang tak tahan dah lepas balik dari keja tu. Balik, rehat, makan ubat dan rehat, tidur. Tetapi, tak dapat nak tidur sangat sebab si Rayyan pula kene demam panas tiba-tiba pagi semalam. Apa lagi, seperti kebiasaan budak kecik, pasti akan meragam la. Tak kira la time tu kita tengah sakit ker, penat ker, sibuk buat keja rumah ker, masak ker, watever la, mesti nak Umi dia jugak la time tu wif no excuses. Argh, kadang tu stress juga tapi kena juga layan kan dengan penuh sabar dan kasih sayang, sekali sekala terlepas juga marah tu.

Beberapa minggu ni mamaG kurang dapat tidur, sebab bergilir menjaga anak yang sakit demam panas. Minggu lepas si Irfan kena demam panas. hampir seminggu la jugak. Yang tambah penat tu, si Irfan tu bila sakit, semua nak Umi dia buatkan, tak nak Ayah dia buatkan. So, tak kiralah kalau time tu mamaG tengah masak ke, sibuk layan adik dia ker, si Irfan tu tetap juga nak Umi dia buatkan apa saja yang dia mau.. Nak kencing, nak Umi dia temankan, nak mandi, nak Umi dia mandikan, bila nak minum susu nak Umi dia yang buatkan, bila nak tidur nak umi dia tidurkan, nak makan nak Umi dia suapkan. hah kan mentally stress tu.. hihihii...

Lepas je si irfan tu baik dari demam, si Rayyan pula demam panas. Hah, bila si Rayyan yang demam panas, memang buatkan mamaG agak mentally stress la. mamaG tak kan dapat bergerak or buat apa-apa. Even nak makan ker, kencing ke, mandi ker apatah lagi utk buat keja rumah. Konfem tertangguh but keja.  Ditambah lagi, mood si Rayyan ni akan jadi very the swing2 dan akan effect seisi rumah. hahaha.. Sdok emalam dah la tak dapat nak tidur sangat, sebab Rayyan meragam demam panas. Badan dia memang panas gila semalam. Sepanjang malam mamaG dok tuam dengan tuala basah kat badan dia. Kesian dia.

Memang mentally stress nak handle kids yang sedang sakit bila kita time tu pun tengah sakit juga. Very very the very stress okeh. But, disebalik tu semua mamaG bersyukur sebab inilah masanya kita akan menjadi very very rapat dan full of love dengan anak-anak. Masa ni juga kita akan jadik parent yang very very pro, full of love in every way, quality time wif kids akan lebih diutamakan. Time ni jugaklah kesabaran kita sebagai parent akan diuji. Bila perkara melibatkan anak-anak, kita akan terlupa sekejap keadaan diri kita demi menjaga dan melayan keperluan anak-anak kita.

Terima kasih dan syukur Ya Allah kerana menguji kami agar kami boleh belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri agar menjadi ibu bapa yang lebih baik kepada anak-anak kami.

1 comment:

  1. Paling manangla klu mama sakit, anak pun sakit tp pahala besar. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea