Laman

20 May 2016

Mode...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:12 PM

Satu hal yang aku suka buat di ofis ialaha menyumbatkan telingaku dengan headfon dikala aku stress menyiapkan kerjaku dan fed up dengan sekeliling.. daripada kita mendengar segala sesuatu yang kurang digemari atau serasa tak penting atau tak sepatutnya ataupun seeaktu dengannya, adalah baik jikalau kita mendengar lagau kegemaran kita... seoalah berada di dalam dunia music kita sendiri... sampaikan tak dengar langsung bunyi suara suara sumbang yang menuturkan segala sesuatu yang menjengkelkan ataupun tak memberi manfaat untuk telinga kita dengar dan tak sepatutnya otak kita proses...

Aku memilih untuk mendengar segala sesuatu yang positif saja... segala sesuatu yang bermanfaat sahaja.. segala sesuatu yang baik baik sahaja... kita berhk memilih apapun yang kita rasa baik untuk kita... bukan salah orang yang menuturkan segala sesuatu yang tak baik itu atau yang tak bermanfaat itu.. jangan disalahkan orang itu.. itu mungkin adalah sifatnya sikapnya khilafnya... tapi diri kita sensiri sepatutnya pandai memilih apa yang terbaik untuk kita kan...

Biarlah orang melabelkan kita berlagak suci.. berlagak baik... asalkan kita tahu kita bagaimana orangnya... asalkan kita tahu kita memilih yang terbaik untuk kita . asalkan kita tahu Dia lebih mengetahui...

Jadik pabila aku dah memakai headfon di ofis, segala isi ofis itu telahpun maklum bahawa aku telah menghantar signal kepada dorang bahawasanya aku sedang dalam mode stress.. mode fokus... mode taknak sebarang gangguan kecuali memang perlu... dan juga dalam mode : aku tak peduli hal sekeliling nak jadik apa pun... mode: leave me alone hahaha...

Aku suka ngan headfon aku nk... wireless.. bluetooth blh, ada radio, boleh jawab tepon guna headfon ni jek ofkos kene sambung bluetooth hp la kan... kendian boleh letak memori kad utk koleksi lagu faveret nak dengar... jadik aku bebas bgerak kemana pun sambil buat keje sambil dgr lagu dan tak payah nk bw henpon ke hulu ke hilir takut orang call.. jawab je guna headfon  selagi dalam coverage bluetooth la kan..

Well, penat macam mana pun stress macam mana pun music tetap peneman setia...



Sempat membebel via Blogaway 😘

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea