Perkara biasa jikalau kita bertemu dengan manusia pelbagai ragam... semua orang ada ragam dan peel masing masing. Semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing masing... semua orang ada kebaikan dan keburukan masing masing... dari kita macam mana kita manage semua tu kan... kecenderungan kita tu lrbih kepada mana. Negatif ka positif...
Ada 2 benda kita kena jaga dalam diri kita ni... tau apa? Hati dan juga fikiran... okeh ini cuma pendapatku saja okeh... berdasarkan pengamatanku. Bukannya berdasarkan gosiping gosiping ya hihihi...
Hati dan fikiran ini kita kena jaga sebenarnya. Kena pupuk kena bentuk kena monitor selalu.. sebab dua benda ni mampu mempengaruhi kita secara keseluruhannya. Mental, fizikal dan jg rohaniahnya...
Kita sendiri saja yang mampu mengawal dan membentuk hati dan fikiran kita. Kita yang tentukan kita ni macam mana orangnya melalui aktiviti hati dan fikiran kita...
Adakalanya kita tak perasan perlakuan dan pertuturan kita tak seiring dengan niat kita.
Kadangkala ada juga bila hati dan fikiran tak seiring, menyebabkan kelakuan atau pertuturan kita jadik huru hara. Dan akhirnya kita menanggung akibatnya. Apa lagi bila tengah marah kan.. macam dibisik bisik jak di telinga tu yang bukan bukan kan...
Kadang kadang hati rasa lain fikiran nak buat lain tapi in the end pertuturan dan perlakuan jadik lain. Cakap lain buat lain.
Kadang kala ada juga jenis orang yang hanya cakap je tapi tak buat pun. Sama ada tak berani nak buat hanya berani cakap. Ataupun hanya sekadar luahan gambaran imaginasi fikirannya sahaja dan memang takkan melakukannya kerana dia tau dia bukan jenis begitu. Mungkin kan.. siapa tau.. hanya diri sendiri yang tau... dan jangan lupa Dia Maha Mengetahui...
Apa yang kita tuturkan apa yang kita lakukan apa yang kita fikirkan adalah cermin diri kita juga. Jadi berhati hatilah... reminder untuk diri sendiri jugak ni... huhuhu...
Sempat membebel via Blogaway 😘
0 berbalas bebelan:
Post a Comment