Laman

08 April 2014

Haluuu...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:25 AM
Cerita ni: 
halu halu halu...
wah lamanya tak hapdet blog kan. 
mamaG ada je ni. bizi? hampir2 stabil la jugek di Labuan ni. Alhamdulillah mamaG dah boleh cope rutin life mamaG kat labuan ni sama ada bab kerja, kids, diri sendiri dan juga persekitaran di sini. in shaa allah.

 di sini mamaG rasa tiada apa yang boleh di komen jika ditanya tentang persekitaran. yelah, labuan ni kan pulau kecil dan sbuah wilayah persekutuan yang sama taraf macam w.p. kuala lumpur dan w.p. putrajaya di peta malaysia ni. 

bagi mamaG, mamaG suka dengan persekitaran di labuan ni. rasa tenang dan damai jew. tambah lagi banyak kawasan pantai di labuan ni yg memang ohsem cantik dan bersih dengan view yg subhanallah indah.

cuma tulah kan, di labuan ni, bagi mamaG utk sebuah pulau yg kecil, terlalu sesak dengan kereta import yg mampu dimiliki oleh sesiapa pun kerana harganya yg way too cheap berbanding negeri lain d malaysia. 

mamaG?? mamaG sedang kumpul bajet le ni nak beli keta dek non oi.. keta apa? eh mana boleh gtau. ekekeke... kat labuan ni memang ler keta, coklat, alkohol, rokok, etc yg import murah, tapi barang basah dan kering ya Rabbi mahal ko tau. wah tak berapa boleh nk mkn mewah2 sgt la mcm di kl dulu tu. sekali sekala tu blh la ikut selera tekak, terasa nak mkn mewah, beli je la, rasa malas nk mkn, masak je la yg paling2 simple ko larat nk masak. ekekeke...

kat labuan ni, kan cepat sgt malamnya pon. kul 6.40 petang gitu tu dah kira malam dah tu sebab dah gelap n masuk maghrib dah pun. so, dinner pun awal, rehat awal dan tido awal. tapi mamaG salupun mesti tido lambat tapi bangun awal. padahal malam bkn ada buat apa sgt pun. suma keja di rumah da settle dah. urusan kids pun dah settle. 

rutin mamaG awal pagi dah tak macam dulu dah. yela kids pun dah besar kan. irfan dah masuk pra-sekolah, rayyan pula dah masuk tadika. so, jadual sekolah dorang dah berubah daripada fullday di taska jagaan, bertukar kepada setengah hari di sekolah sebelah pagi, setengah hari di transit taska jagaan sebelah petang. so, rutin mamaG tu, berubah skit la, agak terkejar-kejar la juga tapi alhamdulillah mamaG boleh manage masa supaya tak ganggu waktu kerja sgt. 

syukurlah, di labuan ni takda la mega mall ka or shopping mall macam the mines ker sogo ker utk mamaG menyinggah lepas amik kids. biasanya kalau takda hal nak beli brg dapur, biasanya lepas amik kids di sekolah dan hantar ker taska transit, mamaG terus jew balik ke ofis semula. estimated time mamaG uruskan kids tengah hari tu dlm setengah jam. kuar jam 11.30am, blk ofis semula dlm jam 12pm. tambahan pula, labuan ni memang panas terik, konfem sun burn kalau tergedik-gedik terhegeh-hegeh nah berlama-lama kat luar tu. hihihi.. biarlah org kata mamaG ni orang bandar ker puteri lilin ker, yg pasti mamaG memang tak tahan panas terik kat labuan ni. nope!!!!

okeh la, semua. nanti kita sambung lagi boleh? bukan taknak crita lagi, tapi ni mamaG sambil menyambil update blog time tengah lecture kursus kat Kementerian ni. mata kejap kat pc kejap kt lecture, jari teruskan menaip. hihihi.. kang kantoi kan susah pulek. 

sampai ketemu lagi di next entri in shaa Allah. 
assalamualaikum...

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea