Laman

20 July 2012

Minggu Yang Bizi..

Celoteh Aku MamaGlam at 4:58 PM
SAlam Semua,

Ya Allah, lama betul la tak update blog nih.. Dah berhabuk dah ha.. hohoho... Beberapa minggu ni mamaG memang la bizi memanjang. Semuanya urusan rasmi opis. Sampai tinggal hubby dan anak-anak.. Bukan pi mana2 pon tapi bizi menguruskan event, meeting dan juga kena pi kursus.. Hurm, memang terasa sangat keletihannya pon.. Tapi apa nak buat kan, urusan kerja, periuk nasi kan.. Nasib baiklah dan sangat-sangat la bersyukur dianugerahkan Suami yg sangat memahami dan sentiasa bertolak ansur dengan iterinya ini.. Makasih, Syang.. Lubyu more n more n more..

Okeh, ni beberapa pics masa kursus yang terakhir iaitu Bengkel Pengurusan Pelupusan Fail Kerajaan, 16-18 Julai 2012 di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur, kerjasama ngan Arkib Negara. Ini pun cilok dari FB kawan.. Thanks my pren...

 
Hah, Macam betul je kan. Padahal time tu sebok dok baca online komik febret mamaG kat Tablet. Tetapi nak wat cane, kamera on, so automatik terjadi gitu.. Ewahhh...
Ooo, yang ni tadak belakun punya.. Memang betul2 cemerlang dorang ni.. Hohohoho.. 

Wahh, beria jer konon kan tengok keje org, padahal tengah berlakun time ni.. hahahaha... Bosan... 

Barisan Penceramah dari Arkib Negara yang banyak membantu kami menguruskan pelupusan fail nih.. Terima kasih yeee.. 

Okeh, nak cerita pasal hotel Ancasa ni pulak ek.. Hotel ni dulu dikenali dengan nama Hotel Impiana. Tapi ntah la mungkin dah bertukar management kut, jadi nama pun tukar gak la kut.. Okeh, bilik hotel, so far memang selesa. Dekorasi memang moden. Tandas pon sangat selesa dan bersih giler. Walaupun tadak bath tub, but still sangat best.. (ntah apa la yg dimaksudkan dengan best tu kan).. Tak dapat nak amik pics, sebabnya tadak mood time tu, penat sangat kan, tak berenti urusan rasmi... 

Pastu, pasal makanan pulak, boleh tahan la.. tak berapa banyak pilihan but sedap la.. Semua masakan melayu. Tadak pon western.. Kalau adapun, spegeti tu jela, yang lain tu masakan melayu. Sambal tempoyaknya, fuh, giler sedap.. hahaha... Dan, lagi satu mamaG peratikan kan, cafe hotel ni selalu jer penuh la, tak kiralah time breakfast , lunch or dinner. Siap kene tunggu to be seated lagi hah.. Sabar jela.. Nak kata, makanan kat cafe tu byk pilihan, tak juga. Sedap pun, ala-ala ok lar.. Tapi tiap kali makan time mesti ramai orang.. Dan foreigner memang sangat ramai okeh.. Time tu, Korean la yang ramai pun... Huhuhuhu..

Okeh la, len kali sambung lagi. Byk lagi pics nak post kan tapi semua pics ada dalam henpon Iphone. Paham-paham jela iphone ni kan, leceh kalau bab-bab nak transfer2 ni kan.. Kalau nak senang pun, transfer driphone or ipad je la.. hohoho..


0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea