Laman

07 November 2011

Hepi Quality Time Wif abang Irfan

Celoteh Aku MamaGlam at 11:34 PM
Cerita ni: 
Ya Allah, bosannya time ujung minggu nih. apa nak buat ntah lah ngan kids ni kan. Okeh, pagi tadi dok terfikir nak pi market nak beli few barang dapur la konon kan. ekceli dah beberapa hari dah mamaG terfikir nak masak kek kukus. Teringin la pulak. So apa lagi pi la beli barang-barang utk buat kek. Ni la mamaG, barang-barang dah ada complete dah tapi masa la pulak tak berapa nak cukup. Ada je hal kat umah nak kena buat. 

Apalagi, pada malam yang bosan ni, kids, hubby n mamaG dah blur dan bosan taktau nak buat aktiviti apa dah kat umah. Nak ajak kuar macam malas la pulak kan. so, time tu jam dah menunjukkan kul 11 malam tapi ntah napa kami semua rasa macam malam tu masih awal lagi. encik hubby sebok tengok tivi, ntah cerita apa ntah yang pastinya mamaG tak berapa minat nak tengok, kids pulak sebok 'mengemas' bilik dorang sampai tertidur-tidur si kecil Rayyan kat atas kotak mainannya. boleh pulakla tido macam tu kan. 

Lepas letakkan c Rayyan kat tilam dia, mamaG pun ajaklah Irfan buat kek kukus. Wah, bukan main riuh dan banyak soalan betul anak bujang aku ni lah. "Umi, ni apa?", "Umi, Kita buat pa ni?", "Umi ni tepung ker?", "Umi, napa nak buat kek?", "Umi, Sedap ker ni?" "Umi, ni Irfan boleh makan?", "Umi, Irfan tolong boleh?", "Umi, biarlah abang buat pula", "Umi, bukan macam tu la" "Umi, pukullah laju-laju, apa la Umi ni.."..  "Umi, Bila boleh mkn nih?".

Hadoilah, kepoh tul la dia nih. Tapi alhamdulillah kek kukus cream cheese mamaG dan irfan menjadi juga walaupun senget sebelah sebab belanga kukus tu rupanya tersenget tp tak perasan. Yang paling penting, Sedap!! 


tengah seebok menghias kek.

Irfan bergambar macho ngan kek yg dia hias sendiri.



Tadaa, kek made wif luv from irfan n umi.  (habis setompok dituang aku punya sprinkle)




  O ya, baru mamaG ingat mamaG buat ni juga ngam-ngam time bday emak mamaG kat Sabah tuh. Sedap jugak kek mai buat nih, habis malam tu juga. 

Akhirnya, selepas segala penat dan kegigihan kami buat kek terserlah, malam tu semua orang dah kenyang ngn kek yg sedap tu, semua pun tidur jam 3 pagi. Esoknya semua bangun lambat, ekekeke... 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea