Laman

11 November 2011

Busy Month of The Year!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:30 PM
Cerita ni: 

Okeh, esok (12/11/2011) mamaG akan berangkat pulang ke Kampung halaman di Beluran, Sabah untuk menguruskan persediaan majlis perkahwinan adik perempuan mamaG. So, targetnya memang bizi gila la nih dan penat tu memang tahap gaban la kan.  Kali ni kami akan balik agak lama jugak la, dekat 10 hari gitu kan. SEbabnya Emak mamaG dah pesan awal-awal lagi suh balik awal seminggu gitu kan, sebabnya belum coti skool, jadi tak ramai yang dapat datang nak tolong sangat.

Tapi memang terasa sangat la sibuk dan penatnya bulan Oktober dan November berturut-turut nih. Sibuk dengan beberapa program di pejabat yang sentiasa berstatus “Segera”. Tiap-tiap minggu pasti ada hari tu mamaG kena stay back.

Ni pun, mamaG balik lambat jugak hari nih. Barang-barang tak packing langsung lagi. Tak larat dah, tadi balik pun, rehat, makan, mandi pastu dah tak larat dah nak stay untuk packing barang. MAmaG pesan jer kat enchik hubby nak packing esok pagi jer la. Sempat lagi kut kalau mamaG bangun dalam jam 5pagi untuk packing apa yang patut sebabnya flight pun kul 3pm. Lagi pula mamaG dah buat web check in dah, so tadak masalah la.

Okeh la, mamaG nak tido la yer. Nak rehat bek bek, sok pasti lagi penat sebab konfom kids tak reti nak diam dalam flight. Hurm… Okeh, See ya!

Assalamualaikum..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea