Laman

08 July 2010

Tips for Breastfeeding Moms n Mom 2 Be...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:21 PM
 Tips ni Mama G amik dr satu laman web yg salu Mama G rujuk. memandangkan ada lagi 1 bulan utk c 'junior' lam perut ni nak mlihat dunia, jadik kena prepare lebih skit.. tambah2 pulak, kali ni Mama G teringin sgt2 bg exclusive breastfeeding... so, gonna need more n more info bout BF nih.. 


walau pun ni dah masuk anak kedua, but situasi yg dilalui xkan sama.. kena la sentiasa up-to-date jg kan.. xkan glam jer yg uptopdate.. hihihi.. so, jumpa la artikel pasal BF nih kat web www.susuibu.com. saja nk kongsi ngan kwn2 para ibu tuh.. x byk pon, sikit jadilah kan.. 


so, sesapa yg ade komen/pendapat atau cadangan nk bg kat Mama G yg x berapa nak cukup ilmu ni, minta tolong sgt la curahkan ilmu yg korang ada tu.. mmg amat dihargai sgt2.. 



Tips Pemberian Susu Perahan

1. Pada malam sebelum anda mula memberikan susu perahan, turunkan bekas susu perahan sebanyak mana yang diperlukan untuk bayi pada keesokan harinya ke bahagian bawah peti sejuk (peti sejuk dua pintu). Biarkan susu beku ini akan mencair selama 6 hingga 8 jam (semalaman) di dalam peti sejuk bahagian bawah ini. Susu yang telah diturunkan ini dapat bertahan selama 48 jam.

2. Lebih kurang 15 minit sebelum memberi susu kepada bayi, rendam susu yang hendak diberikan tadi ke dalam bekas yang berisi air panas. Pastikan susu itu telah mencair sepenuhnya sebelum direndam. Sekiranya susu itu belum cair lagi, alirkan air paip ke atas bekas susu tersebut sehingga ia mencair sepenuhnya. Jangan sekali-kali merebus susu tersebut atau menggunakan microwave kerana ia akan merosakkan kandungan enzim dan protin di dalam susu ibu.

3. Apabila susu telah mencapai suhu badan (suam-suam), berikan kepada bayi dengan suapan sudu atau cawan. Cara yang betul adalah dengan meletakkan hujung sudu atau pinggir cawan ke mulut bayi. Pastikan bayi dipangku pada kedudukan separa duduk-baring untuk memudahkan bayi mendapatkan susu. Bayi akan mula menjilat susu yang berada dekat dengan mulutnya. Lakukan perlahan-lahan hingga susu habis sepenuhnya. Sendawakan bayi jika perlu setelah selesai.

4. Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea