Laman

22 November 2010

5 FAEDAH BILA ANDA MENARIK NAFAS DALAM-DALAM.

Celoteh Aku MamaGlam at 3:22 PM

 

yutur Menarik nafas dalam-dalam adalah hal penting bagi kesihatan fizikal mahupun emosi. Tetapi, kerana bernafas lebih cenderung dianggap sebuah refleks menyebabkan aktiviti menghirup nafas secara dalam sering dilupakan.


Mulai sekarang, luangkan waktu sejenak untuk menarik nafas dalam-dalam hingga anda merasa ada udara melewati hidung melalui perut hingga keluar lewat mulut. Ketahui manfaat lainnya dari menarik nafas dalam-dalam, sepertimana yang dipetik dari Reader Digest.


MENGURANGKAN STRESS
Bernafas secara dalam membantu mengurangkan stress ketika anda sedang merasa tertekan. Dengan cara ini tubuh akan mengirimkan signal untuk memperlambatkan reaksi di otak, sehingga ada perubahan hormon dan faktor-faktor fisiologi lain. Kesannya adalah memperlambatkan denyut jantung serta menurunkan tekanan darah yang tinggi semasa stress.


MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Bernafas secara dalam merangsang munculnya oksida nitrat yang berfungsi membuat seseorang lebih tenang. Zat tersebut akan memasuki paru-paru bahkan pusat otak, sehingga tekanan darah yang dalam keadaan tinggi boleh menurun.


MEMPERLAMBATKAN DENYUT JANTUNG
Semasa emosi meninggi dan rentak denyutan jantung cepat, tariklah napas dalam-dalam. Cara ini sangat efektif menurunkan rentak denyutan jantung saat anda sedang stresa. "Ambil nafas dalam-dalam dengan benar, lakukanlah sebanyak tiga kali. Denyutan jantung dan tekanan darah pun akan menurun," kata Dr. Abramson.


MENURUNKAN RASA MARAH
Bernafas dalam-dalam ketika anda mulai merasa emosi sedang meninggi. "Saat marah, tubuh akan merasa tertekan, dengan bernafas secara dalam boleh menurunkan emosi dan tekanan yang muncul," kata Robert Nicholson, Ph.D., assisten profesor dari Saint Louis University.


MENCEGAH MAKAN BERLEBIHAN
Stress adalah salah satu punya utama meningkatkan nafsu makan. Anda boleh mengatasinya dengan latihan pernafasan. Ketika nafsu makan muncul semasa stress, ambil nafas secara perlahan dan singkirkan makanan dari fikiran dan fokuslah untuk lebih tenang / releks.

yuij

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea