Laman

Showing posts with label Tipsy Bitsy. Show all posts
Showing posts with label Tipsy Bitsy. Show all posts

23 November 2013

7 Steps!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:39 AM 0 berbalas bebelan

Suka la 7 steps ni. Kena amalkan ni. Most of it sudah diamalkan. Jadi keep it up darl!

03 December 2012

Cara Nak Gunakan Lotion Fellina Inchloss

Celoteh Aku MamaGlam at 6:38 PM 2 berbalas bebelan
Okeh ni mamaG nak kongsi sikit cara penggunaan Fellina Inchloss ni. Cara nak sapu la. Ni mamaG dapat daripada rakan FB ni. So mamaG kongsikan kat sini untuk info semua yek especially yg gunakan Fellina Inchloss ni yew.

Cuma mamaG macam konpius sikit la. Ada seller yang bagitau sapu lotion ikut arah jam (macam dalam gambar ni), ada yang bagitau sapu ikut arah lawan jam. Fenin juga, tak tau mana satu.

But watever it is, mamaG ikut suka hati je nak ikut jam ke, ikut lawan jam ke, tanak ikut jam sapa2 ke, mamaG sapu ikut suka janji kene bahagian yang nak dihapuskan tu. hehehe.

So, selamat berlotion.


29 November 2012

Alert Plis.. Jauhkan Pokok Ini and Save Life!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:01 PM 2 berbalas bebelan
Okeh, sumber ni mamaG dapat dari rakan FB. Info ni memang sangat berguna dan membuatkan mamaG macam 'Ooooo... Aaaa..." gitu kan. Tak sangka pula pokok ni mempunyai racun yang sangat kuat. Yela, pokok hiasan ni memang terdapat di mana-mana saja di sekeliling kita tau tak. Sebagai hiasan, ia memang cantik. Ni hah pokok hiasan yg mamaG maksudkan tuh .
 
Hah siapa ada tanam pokok ni? Angkat tangan cepat! Cepat! Cepat nanti masa habis.. Ok, terima kasih, kerana angkat tangan walaupun tadak hadiah.. hehehehe.. Ha kaaaannn, mesti korang pun ada pernah nampak kan.. So, mamaG harap pasa sesiapa diluar sana tu, yang ada tanam kat rumah pokok hiasan ni, sila-sila la elakkan. Buat apa cantik tapi membahayakan nyawa kan..

Tau tak kenapa ianya sangat merbahaya? Hah kalau korang nak tau, pokok hiasan ni, mampunya mengeluarkan racun yang kuat, yang mana kalau bayi atau kanak-kanak tergigit daunnya (bagi kanak-kanak yang suka sangat menggigit benda-benda kan, asal nampak benda ja nak gigit, asal nak gigit je nampak benda, ahaks!) ia mampu mengambil nyawa si kecil dalam masa kurang 1 minit, bagi orang dewasa pulak dalam masa lebih kurang 15 minit (yela, kebal sikit la kan orang dewasa ni, byk lemak degil, ahaks!)..

Cuba la bayangkan, kuat tak kuatnya racun pokok ni kan. Lepastu, getahnya pula mambu membuatkan mata jadi buta. Mak ai, sangat danyat la pokok ni.. Cantik tetapi berbisa gitu..

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang korang letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. 


Jadi, mamaG harap sangat, lepas korang baca Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera. Dan kalau terjumpa pokok=pokok hiasan ini di tempat-tempat awam, elakkan diri dan anak-anak kita daripada mendekati atau bermain dengan pokok hiasan ini.. 

Elakkan dan selamatkan nyawa orang tersayang! Go Green!!! (apa kene mengena pulok?!)

p/s: pokok hiasan ni berasal daripada negara Kenya, Rwanda dan Uganda 
p/s: faveret pokok hiasan kawasan mall, sekolah dan juga pejabat-pejabat kerajaan. 


mamaG: pelikkan, kenapa nursery tanaman pokok hiasan masih nak tanam pokok jenis ni kan.. mmm, mungkin dorang pun tak tau kut bahayanya pokok ni kan.. agak-agaknya dorang pun akan jadik macam mamaG juga la kut 'Oooo.. Aaaa..'.. hahaha.. 




12 November 2012

Fellina Inchloss - Memang Loss, Terbaeekkk!!!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:33 PM 13 berbalas bebelan
Okeh semua, memandangkan ramai yg review dan email tanya psal kesan dan result selepas mamaG buat entry pasal nak pakai Fellina Inchloss ni (boleh klik link kat wording yg ade kaler purple tu ek, kalau sapa yg nk baca entry lepas tu), So ni mamaGn ak buat review sikit pasal result selepas mamaG guna utk beberapa hari okeh.

Haluuu, hari pertama mamaG pakai lotion Felina Incloss tu, hurmmmm.. memang seperti apa yang dihavov-havoc kan, memang tidak ada langsung bau minyak angin watsoever. Tak panas pun, or rasa macam nak buang air ker lepas pakai (yela kan katanya buang lemak kan),... Rasanya masa 1st-1st pakai tu, rasa nyaman jew.. sejuk mint jew perut ni hah.. mamaG letak kat dagu jugak tau, sebabnya rasa macam nak berdouble chin la pula dagu ni, so sangat bahaya bila amik gambar angle dari bawah, hehehe... lepas tu, wangi jew.. kira sedap la juga rongga hidung tu hidu kan.. lepas tu, dah la.. pi buat keja... hahahah..

tapi memang sungguh la, pastu dah la, takyah pikir sangat.. hihihi, biar lotion ni buat keje dia.. dia tau la apa dia nak buat kan lepas kita tepek sapu kat perutk an, dah dia dicipta utk tugasan menyahkan babat.. hahaha...

Oya, jangan lupa, sila ukur dulu perot yang oncet itu ye. bukan apa utk jadikan rujukan sebelum-selepas letak lotion.. Hmmm, nak letak tak ukuran perot oncetku kat dalam entry ni.. huuuuuu maluuuuu... Tapi tak pa la, untuk membuktikan betapa kritkalnya keoncetan perot ku ini kan, mamaG state la kat entry ni. Okeh, hari pertama, mamaG ukur sebelum letak lotion, 32.5 inch.. (hah, sila jangan ketawa sindir, lucu or watsoever ek)... hah kan, keoncetan perut mamaG ni dah nak sama ngan lebar punggung.. dasyat tau.. Perut maju kedepan gitu.. Mimpi ngeri okeh.. Lagi parah, bila orang dok tegur, "eh, mengandung ker?" " mak ai, besarnya perut" huh, sedey...

So, hari kedua  esoknya tu, mamaG ukur lagi sebelum letak lotion, hah, korang agak-agak masih sama ker tak?.. Yela, baru kurang 24jam kut letak kan.. hahaha... Memang ajaib la kan lotion tu kalau kesan gitu cepat kan.. memang anbelivebel la kan.. Betul tak?.. Pakai lotion mustajab halia tu pun, kamik masa berminggu-minggu juga kan nak kempis kan..

Hah! Tapi Felina Inchloss ni memang la unbelivebel tau! Memang kesan dia sangat efektif.. MamaG memang tak caya lepas ukur tu, perot oncetku dah kurang jadik 32 inch.. Hah, ko hade? Memang tak caya.. Tapi terpaksa caya.. Sebab memang ukur betul2 n byk kali sebab tak caya.. So, korang kene la percaya juga. Kurang 0.5 Inch dalam kurang 24jam. Ko ade jumpa krim gitu?.. hah, mamG dah jumpa dah.. Pi la beli... mamaG beli online jew, sebab tak tau nak carik at mana kat kedai..

okeh, nak bagi hangat dan hasut korang beli lagi nih.. Hah, hari ke tiga mamaG ukur lagi, dah kurang dah jadik 31 inch.. hah, dasyat tuuuu... belum seminggu tuuuuu... dah dapat result gituuuu.. hahahahah... MamaG tak diet pun.. (memang jenis kuat makan, tak boleh nka diet, semangat diet je ade, hihiihi)... Memang berbaloi la beli.. Harga dalam RM75 termasuk postage dah tu.. Pakai 2 kali sehari.. siang dan mlm jew.. ok la tu kan, lepas mandi pagi-pagi buta tu, letak la, kulit pun tengah segar lagi. pastu time malam selepas mandi ke or sebelum tidur..

So, mamaG dah jumpa penyelamat mamaG utk nyahkan babat, korang bila lagi?.. mamaG promo ni bukan sebab mamaG ni ejen ke apa.. mamaG bukan ejen lotion ni pun (tapi macam ade juga terfkir nak jadi ejen, huhuhuhu), tapi mamaG promo sebab, benda ni bagus dan memang berkesan pun.. mamaG suka sharing sesuatu yangbagus dan boleh bagi manfaat pada orang lain. Tadak pun nak minta apa-apa balasan.. mamaG suka tgk org lain hepi dan dpt bantu org lain tak kira la info ker, apa ker.. Janji apa yang mamaG rasa sesuatu bagus dan bermanfaat tu patut dikongsi, mamaG akan kongsi dengan penuh eksaited.. Korang patut tengok cara mamaG kongsi benda-benda best/bagus ni depan-depan tau.. Baru korang tau betapa c mamaG terover eksaited bila share sumting yg best.. hohohoho... Nak wat macam mana, dis is the way i am n i live wif it..

p/s: bagi yg dah cuba, dan kesannya tak macam mamaG cerita, jgn la anggap mamaG tipu.. Letak kat dalam pale otak tu, setiap org berbeza jenis kulit dan sensitiviti kulitnya, so setiap orang akan dpt result yg berlainan.. Macam mamaG ni mungkin kulit mamaG jenis cepat menyerap apa ye yg ditepek kat kulit, mgkn tu sebabnya cpt dpt result yg gitu kan.. So, sabar sikit lagi bila nak guna yer.. (beli la beli la beli la... heheheh)

10 November 2012

Hilangkan Dakwat Di Baju

Celoteh Aku MamaGlam at 1:21 PM 0 berbalas bebelan
 Apa korang akan lakukan kalau baju korang terkena dakwat pen? Buangkan jer? Beli baju baru? Cuci juga sampai hilang dakwat yg degil tu? Hah, meh sini nak kongsi cara-cara nak hilangkan dakwat yang terkena pakaian tuh.. Cer cuba salah satu cara kat bawah nih. Nak cuba semua pun boleh, tadak sapa kesah pun, Jemah oiii...



1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

3) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.


4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.

14 October 2012

Hitamkan Rambut Dengan Daun Kari...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:32 PM 0 berbalas bebelan

Petua Hitamkan Rambut Beruban Dengan Daun Kari:

1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

Selamat mencuba.

29 August 2012

6 Jenis Makanan Yang Boleh Elakkan Kena Migrain..

Celoteh Aku MamaGlam at 1:16 PM 0 berbalas bebelan
Beberapa jenis makanan sering disebut sebagai pengubatan alternatif untuk penyakit tertentu. Menurut pakar gizi terkenal Joy Bauer yang juga penulis buku Food Cures, ternyata ada makanan yang boleh membantu mencegah migrain.
Berikut adalah diantara makanan yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit tersebut:

1. Telur
Makanan terkenal dengan kandungan omega-3 yang dapat mengurangi peradangan yang dikenal pasti sebagai penyebab migrain. Anda boleh mendapatkan telur yang diperkaya dengan kandungan kandungan omega-3, kerana ia dipercayai dapat melawan kesakitan akibat migrain.

2. Kekacang
Sejumlah penyelidikan telah mengaitkan kekurangan magnesium dengan migrain. Daripada hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sebahagian daripada penghidap penyakit ini memiliki jumlah magnesium yang melalui proses pengionan dalam darah dengan jumlah yang sedikit. Cubalah untuk amalkan mengambil kacang-kacangan. Magnesium di dalam kacang melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Antara lain, magnesium juga dipercayai berkesan untuk menenangkan fikiran yang sedang berada dalam keadaan tegang, sepanjang sakit kepala melanda.

3. Susu skim
Riboflavin atau lebih dikenali sebagai vitamin B2 memiliki peranan penting dalam membentuk sel darah merah, antibody di dalam tubuh dan juga berperanan dalam melepaskan tenaga daripada karbohidrat. Riboflavin juga memiliki peranan penting dalam menghasilkan tenaga sebab kurangnya tenaga dikenal pasti dapat meneybabkan migrain.

4. Biji rami
Biji-bijian dengan ukuran kecil ini memiliki kandungan gizi yang tinggi dengan asid omega-3 dan telah dibuktikan untuk mengurangi peradangan akibat migrain. Tidak hairanlah kerana biji rami memang sering dikatakan sebagai ubat untuk menurunkan risiko hipertensi, strok, kanser, gangguan imunisasi dan juga masalah penyakit kulit tertentu.

5. Bayam
Merupakan salah satu jenis sayuran hijau yang paling terkenal. Ini kerana bayam kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk menghindari migrain.

6. Salmon
Ikan ini sering disebut-sebut sebagai ikan tinggi kandungan omega-3. Ikan mahal ini juga termasuk di dalam kategori jenis makanan yang berpotensi untuk mencegah migrain.

Sumber: RadioInfo.com

21 August 2012

Cara Nak Hilangkan Panau

Celoteh Aku MamaGlam at 12:50 PM 0 berbalas bebelan
 SApa ada panau, angkat tangn!!!! Konpem la kan tadak sapa nak angkat.. Takpa, tak kesahpun, kalau mamaG pun tanak angkat tangan kan, malu beb!.. Okeh, kat sini mamaG nak kongi macam mana nak hilangkan panau durjana itew.. jom tengok.. Ni mamaG dapat drp website 101petua.com... Terima kasih kerana share...

Jom tengok cane... Ada banyak cara tau, korang pilih n coba la mana satu yang korang nak.. okeh, ingat tau, ia perlu diamalkan selalu, bukannya sekali dua kali terai terua nak nampak hasil okeh... Yang penting juga, yakin, mujarabnya petua ini kerana dengan izin dan kekuasaan Allah swt... 

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

18 August 2012

Cara Nak Hilangkan Sembelit

Celoteh Aku MamaGlam at 1:17 PM 0 berbalas bebelan
 Jom cuba cara-cara untuk merawat sembelit. Moga berhasil.

1) Makan buah pisang atau betik selalu.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

08 August 2012

Fakta Tentang Buah Tembikai Yang Ramai Tak Tahu..

Celoteh Aku MamaGlam at 1:24 PM 0 berbalas bebelan
Abu daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah berkata,
” Rasulullah s.a.w pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buah tamar basah.”

Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease Control and prevention, Atlanta.Mengikut pengkaji-pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidapi penyakit kanser terutamanya kanser prostat.
Buah tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan kerana ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Mengikut satu kajian yang dilakukan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser ini dan dengan itu mencegahnya supaya terus tumbuh.

Tambahan daripada itu tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Kalium adalah zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George webb, Profesor Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol keji (bad cholesterol) daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Di samping kalium, tembikai juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. mengikut Prevention’s new Foods for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4,000 orang ibu mendapati bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang mencukupi, berisiko lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi yang lain.

Subhanallah… Banyak kan khasiat buah tembikai? Antaranya, dapat mencegah penyakit kanser. Itulah antara nikmat3 yang telah Allah turunkan kepada kita umat manusia. Cuma, semuanya bergantung pada diri kita sendiri samada mahu bersyukur atau pun tidak.


Sumber: RadioInfo.com
Petikan diambil dari buku Quran Saintifik
[Dr.Danial Zanial Abidin]

Khasiat Kurma Untuk IWanita Hamil

Celoteh Aku MamaGlam at 12:23 PM 0 berbalas bebelan
Hamil tak hamil, boleh jew makan kurma nih. Banyak khasiatnya khasnya untuk kesihatan badan kita. Tambah lagi ikut sunnah Nabi s.a.w. lagi. Bagi yang tak berapa nak suak makan kurma ni, cuba jew makan kurma tu atleast 1-2 biji sehari kan. Tak mati pun.. Tambah sihat ada la kan.. Kenapa nak berbelanja mahal-mahal beli ubat kesihatan yang ntah apa-apa ntah kandungan toksik kat dalam tu, sedangkan Allah s.w.t dah turunkan/kurniakan kita buah yang sangat-sangat banyak khasiatnya, tanpa bahan pengawet lagi ha.. Mahal? takde la.. kalau yang import jauh, mmg la mahal sikit tapi tak la semahal ubat-ubat kesihatan yang korang beli kat farmasi kan..

Okey la, selamat menjamu kurma.. Insya Allah, kita dapat khasiatnya, percaya dan yakin pada-Nya..

15 January 2012

Siapa ada Diabetes? Jom Check!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:37 PM 0 berbalas bebelan

Cuba cek agak-agak korang, korang ni kategori mana? Ada diabetes tak agak-agak? Ker baru jer nak berjinak-jinak dengan diabetes. Kat bawah ni mamaG dapat info macam mana nak tau ciri-ciri orang yang ada diabetes. 

Anda tergolong dalam kategori berisiko kencing manis,jika:
  1. Berumur 35 tahun dan ke atas.
  2. Sejarah diabetes pada kandungan lepas
  3. Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
  4. Sejarah melahirkan bayi berat lebih 4kg
  5. Riwayat keluarga diabetes
  6. Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
  7. Dislipidemia-Keabnormalan lemak dalam darah
  8. Hiperkolesterolemia-paras kolesterol tinggi dalam darah

Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:

  1. Hospital dan klinik kerajaan
  2. Hospital swasta
  3. Klinik swasta seperti Klinik cybermedik
  4. Makmal perubatan swasta

Bagaimana caranya membuat pemeriksaan Diabetes?

Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. hanya sedikit darah dihujung jari diperlukan.
Kebiasaannya doktor anda menasihatkan mengambil darah berpuasa.

Penentuan kadar glukosa dalam darah

Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak berpuasa > 6.0 mmol/l, atau nilai glukosa tidak berpuasa >10 mmo/l, ujian darah selanjutnya
diperlukan.
Anda diabetes jika kadar glukosa darah anda >7.0 mmo/l waktu berpuasa atau >11.00 mmo/l tidak berpuasa.

Bagaimana cara untuk mengekalkan nilai glukosa darah normal?

Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
Amalkan makan secara sihat-kurangkan lemak dalam makanan
Amalkan gaya hidup aktif-lakukan senaman berjadual

13 January 2012

Cantik dengan Buah Delima

Celoteh Aku MamaGlam at 3:22 PM 0 berbalas bebelan
 Okeh, sapa sini suka makan buah delima? Angkat tangan!!! hah yang tum yang tengah nganga tengok buah delima tuh, jangan angkat tinggi sangat, masyhem! kekekek... Okeh ni mamaG nak kongsi sikit khasiat buah delima nih. Rupa-rupanya banyak khasiatnya yer. Tu la, tau makan jer hah.. Dapat info ni pun daripada internet gak.. So, nak kongsi la kan info baik nih. Jom cek khasiatnyer. So sesapa yang liat sangat nak makan buah terutama buah delima nih, boleh la start sekarang.. Tak rugi pun, dapat sihat adalah.

Buah Delima mengandungi potassium yang tinggi.Buah delima mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur,mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah.Buah Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.


Kebaikannya buah delima

ialah:
  1. menghalang pembentukan sel kanser
  2. mencantikkan kulit
  3. mencegah dari nyanyuk
  4. memberi tenaga
  5. elok untuk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
  6. elok untuk sistem penghadaman
  7. mengurangkan berat badan
  8. mengurangkan alahan morning sickness
  9. menguatkan rahim

*abislah, pasni balik keja carik buah delima la bagi 1 famili makan. huhuhu*

12 January 2012

Perut Kempis Cantik

Celoteh Aku MamaGlam at 3:19 PM 2 berbalas bebelan
Okeh, kepada semua kaum Hawa yang gojes macam mamaG (gojes la sangat kan, ahaks!).. Sapa yang buat muka bila baca statement nih, tu simptom-simptom jeles la tuh. ekekeke.. Okeh, berbalik pada cerita kita (cewah, gituuu kan), ni mamaG nak konsi sikit ni tips nak kempiskan perut ni khas untuk kaum HAWA, okeh! Yela, buatper la gojes da bomb! tapi bila tang perut, "teeeettttt!!" la pulak kan.. hah, jom try tips kat bawah nih. Nak coba semua pun boleh, kalau rajin.. Tapi kalau ala-ala mamaG ni, memang tak la berapa rajin nak terai semua nih, tapi insya Allah, kadang-kadang dataang jugak tu angin gediks nak try. Jom! (Ya Allah, intro jer panjang, ekekek):

1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
  • Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
  • Tumbuk kesemua sehingga lumat.
  • Perahkan air Limau Nipis.
  • Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

02 September 2011

Petua Melicinkan Kulit Muka

Celoteh Aku MamaGlam at 9:47 AM 0 berbalas bebelan

Kalau korang memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

01 September 2011

Tip nak tanggalkan Chewing Gum @Gula getah yang melekat kat Baju

Celoteh Aku MamaGlam at 11:44 AM 9 berbalas bebelan
Hah, aku suka betul petua nih. Dulu time ekolah-sekolah dulu, memang suka bebenor la makan ni gula getah kan. Pastu main campak jer kat mana-mana. Hah pastu, habis kasut la baju la terkena gula getah. Hah pastu mula-mula buat-buat aksi majew ngan mak, nak mintak beli baju sekolah baru sebab gula getah menepek kat baju takleh nak ilang.. 

Tapi skang mamaG dah tak makan dah gula getah sejak pernah tertelan gula getah dek kerana makan gula getah sambil gelak-gelak.. hahaha, memang ngeri pengalaman tu. Sembelit tak hengat!. Hahahaha, lucu kalau ingat balik. 

So, kepada para ibu dan jugak gula getah lovers, sila la gunakan tips ini untuk menghilangkan atau menanggalkan gula getah yang degil nak mampos tu dari baju, kain or apa2 jela. Tapi kalau ikut logic dan sifat gula getah tu sendiri, memang betul jaga la tips nih. neway, terai la dulu k.. 

Semalat mencuba dan selamat beramal.. hihihihi..

Cara-caranya ialah...
 
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

31 August 2011

Petua Hilangkan Parut Sebab Demam Campak

Celoteh Aku MamaGlam at 9:46 AM 0 berbalas bebelan
Cuba try petua ni..

  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

30 August 2011

Menghilangkan Parut di Muka

Celoteh Aku MamaGlam at 9:42 AM 0 berbalas bebelan
Parut jerawat?!! Oh My Gucchi!!! Okeh, Jom try petua nih.. Kut kut la mujarab kan kan kan.. Tak payah nak beli produk mahal-mahal kan.. 

  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

29 August 2011

Sana Semut, Sini Semut, Mana mana Pon Semut! Grr..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:41 AM 0 berbalas bebelan
Hadoila, ni nak tanya nih, kat tempat korang tak kisah la kat rumah ker, kat kereta ker kat luar rumah ker, Banyak dah semut?.. Berduyun-duyun tak dorang ni konvoi melawat tempat korang?.. Duh, memang pening nengok semut-semut ni la. Kalau banyak lagi la, macam geli ja tengoknya. 

Pastu, ni nak tanya lagi ni, semut korang minum air masak jugak ker macam semut kat rumah mamaG tuh? Bukan setakat air masak jer, tuh air panas kat dalam heater tu pon dikenduri oleh semut-semut nih. 

Sib bek la jumpa petua macam mana nak halau semut-semut nih. Jom kita terai sama-sama..

Menghalau Semut
  1. Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.
  2. Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
  3. Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu.
  4. Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.

Menghindarkan Semut di Pokok Bunga
Taburkan garam di sekitar pangkal pokok bunga untuk menghindarkan ia dari semut.



Menghindari Semut Di Teko
Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko tersebut kecuali bahagian muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.

Petua Tegangkan Kulit Muka

Celoteh Aku MamaGlam at 9:05 AM 0 berbalas bebelan
Jom ladies, kita tegangkan Kulit Muka yang dah nak kendur dan kedut, okies.




  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea