4 cawan beras basmathi
5 1/2 cawan air (dari stok chicken yg dibuat sendiri lebih baik)
1 labu bawang besar dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
halia sebesar ibu jari dihiris seperti lidi mancis
1 biji tomato yg saiz besar didadu (buang bijinya)
1/2 mangkuk kismis
3 kuntum bunga cengkeh
2 kuntum bunga lawang
1 jari kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
sedikit bunga safron (rendam dengan sedikit air mawar)
garam secukup rasa
minyak sapi secukupnya
Cara-cara mengerjakannya:
Beras dicuci dan toskan airnya. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah penumis iaitu bunga lawang, cengkeh, kayu manis dan pelaga sehingga naik bau dengan minyak sapi. Kemudian masukkan kismis dan goreng sebentar barulah dimasukkan beras dan garam lalu kacau rata. Masukkan stok ayam dan tutup periuk. Bila nasi telah hampir tanak renjiskan safron. Gembur nasi dan biarkan tanak.
Nasi mandhy ini sedap dimakan bersama dengan ayam mandhy, salad dan raita. Macam mana nak buat ayan mandhy, boleh la korek-korek di ruangan resepi, okies.
0 berbalas bebelan:
Post a Comment