Short Entry jer..
Wow! Seantero rupanya pengunjung blog mamaG yang lagi satu ni.. Blog From Us to Our Lil One yang diwujudkan pada tahun ini, 2010. Statistik ni amik kat akaun nuffy mamaG.. Alhamdulillah..
Ramai yang taktau lagi kan yang mamaG ada 1 lagi blog yang mamaG bangunkan khas untuk parenting stuff, maternity n child matter… Blog ni, adalah himpunan semua rtikel-artikel dan info-info berkaitan kekeluargaan, kesihatan, kanak-kanak, bayi, kehamilan dan kelahiran. Baik daripada website mahupun daripada buku dan majalah.. Blog ni hanya untuk berkongsi info, bukan untuk entry yang merapu kepunden macam blog Mama Glam nih..
Jadik, kepada semua kawan-kawan, mamaG yang dah kawen bolehlah singgah baca info, yang belum kawen pun boleh jugak sebagai pengetahuan am ataupun tips akan datang gitu kan…
Dalam ni jugak mamaG ada muatkan pasal Hospital Rakan Bayi yang disenaraikan oleh KKM. Dan jugak, mamaG ada sediakan ruangan aktiviti kanak-kanak seperti Mari Mewarna. Kat menu tu, parents boleh pilih dan print beberapa gambar untuk aktiviti mewarna anak-anak korang… Tak payah nak pi beli buku mewarna kat luar kan..
Ok la, apa-apapun, korang bolehlah singgah kat blog From Us to Our Lil One ni. Moga-moga semua info yang ada dalam blog tu dapat bagi sedikit pengetahuan kepada para ibu bapa di luar sana.. Ilmu yang baik mestilah dimanfaatkan bersama (cewah!)…
Terima kasih pada semua pelawat blog mamaG…
oklah, salam blogging dari mamaG..
0 berbalas bebelan:
Post a Comment